Undi Pelawak Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2012

Undi Pelawak Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2012

September 7, 2012 5 Comments

Maharaja Lawak Mega 2012 kembali

maharaja lawak mega 2012

Program Komedi terbaru Maharaja Lawak Mega 2012 akan mula disiarkan November nanti di saluran Astro Warna (132). Cabaran semakin sengit dengan persaingan antara finalis Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega: Jozan, Sepah2, Jambu, Nabil, Boboi, Osbon, Saehu dan Syok.

Selain dari 8 finalis di atas, pelawak lain juga berpeluang dipilih ke pertandingan ini melalui undian Hot Seat melalui undian online dimana 3 peserta dengan jumlah undian tertinggi akan dipilih masuk.

Antara peserta yang bertanding untuk tempat Hot Seat ialah 2 peserta solo iaitu Shem dan Idlan serta 25 peserta kumpulan iaitu Glamour Tak Perlu, Tutup Botol Oren, Sham, Sat Sat, 3A, Parpu, Ketampi, Mamu, Ingke, Klaut, V2, Awas, Buaya, Kering, Hai, XN3, Duo, ABC, I S U (I SUE YOU), Ngam, Kecik, AJK, Panas, Balas dan OMG.

Peminat boleh mengundi secara online calon-calon peserta kegemaran mereka untuk melayakkan mereka ke pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2012 nanti. Undian Hot Seat Online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 pada jam 6.00 petang hingga 17 September jam 12.00 tengahari.

Anda perlu daftar dengan Log Masuk Facebook terlebih dahulu dan boleh mula mengundi. Undian hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap peserta kegemaran mereka untuk setiap hari.

Laman Web Undian Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2012

Senarai peserta Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2012

Anda boleh juga menonton video sketsa setiap kumpulan dengan klik nama kumpulan tersebut.

Filed in: Isu Semasa • Tags:

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Peserta Tetap Maharaja Lawak Mega 2012 | September 18, 2012
  1. hatiputera says:

    Aduhai nampaknya aku kena langgan atrso beyond lepas nie kalau mahu tengok maharaja lawak november nie.
    Post terbaru hatiputera = Carta Kedudukan Pasukan Piala Malaysia 2012My Profile

  2. Kiko says:

    alaaaa…saya nak sokong Amir dari Kelantan tu..kenapa dia tak adakat atasssssss

Leave a Reply

CommentLuv badge