Yup Andy Carroll, tak tipu
Menurut akhbar The Sun, AC Milan dilaporkan berminat untuk membawa masuk penyerang Liverpool, Andy Carroll untuk membentuk semula skuadnya musim depan selepas beberapa pemain seperti Mark Van Bommel, Clarence Seedorf dan Gattuso telah meninggalkan mereka.
Pier Silvio Berlusconi, anak kepada pemilik kelab AC Milan, Silvio Berlusconi memilih beberapa pemain untuk era baru AC Milan. Beliau berminat menyaksikan permainannya ketika Carroll bermain untuk England baru-baru ini.
Namun beliau juga tidak mengatakan akan lakukan sebarang bidaan.
Berlusconi juga berminat dengan penyerang Man City, mario Balotelli dan pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta.
Hmm Carroll sangat mengecewakan musim lepas, di bawah pengurus baru dengan taktik yang masih tidak diketahui menjadi atau tidak, beliau kena tingkatkan mutu permainan. Seorang penyerang kelas A perlu ditandatangan Rodgers.

