Skuad Brendan Rodgers Sudah bersedia Musim Baru EPL

Rodgers Akui Skuad Liverpool kini sudah bersedia hadapi musim baru EPL

brendan rodgers liverpool

Liverpool telah habiskan perlawanan pra-musim mereka dengan kemenangan ke atas Bayer Leverkusen 3-1 dengan Andy Carroll menjadi salah seorang penjaring gol.

Walaupun sentiasa dikaitkan perpindahan keluar dari Liverpool dengan Newcastle dan West Ham menjadi pilihan, namun persembahannya dipuji Rodgers.

Reheem Sterling dan Lucas Leiva turut jaringkan gol menentang skuad bimbingan lagenda Liverpool, Sami Hypia iaitu Bayer Leverkusen.

Mengulas persiapannya untuk bermula musim baru EPL

Saya gembira dengan semua pemain, walaupun baru bermain perlawanan Europa League Khamis lalu. Tahap permainan mereka semakin meningkat dari semasa walaupun dalam jangka masa pendek, mereka mengikut taktikal dengan konsep kawalan bola dan kuasai permainan.

Kami berharap ke minggu depan dengan skuad yang sihat dan seperti sedia ada. Semua pemain telah menunjukkan keazamaan untuk bermain di bawah saya dan saya gembira bekerjasama dengan mereka.

Saya masih banyak perlu dibuktikan kepada peminat yang kebanyakkan masih kurang pasti apa yang saya cuba berikan. Saya akan berjuang mempertahankan sebab saya berada di sini.

Saya puas hati dengan perlawanan pra-musim dan keazamaan untuk berjaya menjadi kekuatan kami.

Liverpool mungkin akan menambah seorang dua pemain baru sebelum musim perpindahan ditutup hujung bulan nanti. Siapa yang akan ikuti jejak langkah Fabio Borini dan Joe Allen?

Adakah anda tidak sabar perlawanan pertama hujung minggu nanti?

Tagged with 

7 thoughts on “Skuad Brendan Rodgers Sudah bersedia Musim Baru EPL

  1. huhu..liverpool first match d epl apa ya..?

  2. sabar jak lha..harap2 liverpool success musim ni..ynwa

  3. tentunya legend kta…steven gerrard…suarez pun minat jga..sma agger..harap2 dia xkna jual atau pindah kelab..huhu..awk..?

  4. yupz.,.harap gitu lha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge