Hoffenheim benarkan perbincangan dengan Liverpool
Kelab Jerman, Hoffenheim telah benarkan pemainnya Gylfi Sigurdsson untuk berehat lagi dua minggu untuk menyelesaikan rundingannya dengan kelab EPL iaitu Liverpool.
Pemain tengah itu dipinjamkan ke Swansea dan dikaitkan untuk terus kekal di sana sehingga pengurus Swansea ketika itu, Brendan Rodgers berpindah ke Liverpool. Beliau selepas itu dikaitkan mengikut bekas pengurusnya itu.
Liverpool dikhabarkan akan membayar £8 juta untuk dapatkan pemain pertama di bawah pengurusan Brendan Rodgers.
Pemain 22 tahun itu telah jaringkan 7 gol dalam 19 penampilan bersama Swansea musim lepas.

