Senarai lokasi speedtrap sempena Hari Raya Aidilfitri

Senarai lokasi kawasan perangkap had laju Hari Raya Aidilfitri sekitar semenanjung Malaysia

Speed Trap Ops Sikap ke 24

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa kawasan dijadikan kawasan perangkap had laju (speedtrap) demi keselamatan pengguna jalan raya. Setiap kali musim perayaan pasti terdapat berita kemalangan di akhbar-akhbar dan seakan tiada yang ambil pengajaran. Jadi usaha polis lakukan ini adalah untuk mengajar orang ramai supaya lebih berhemah di jalan raya. Kepada pengguna jalan raya, harap rancang pemanduan anda dengan seeloknya supaya tidak terlibat dengan nafas di jalan raya.

 

Plus North Highway (dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Sekadar rujukan, tapi tak bermakna tempat tiada speedtrap boleh bawak laju. Kelajuan membunuh :)

4 thoughts on “Senarai lokasi speedtrap sempena Hari Raya Aidilfitri

  1. Selalu lalu gak jalan2 kat atas huhu :P

  2. sebenarnya kelajuan tidak membunuh….kelalaian adalah yang pertama mengundang nahas….baru lah timbul pada kelajuan membunuh…sebab jika bawa laju…tapi tetap beri perhatian apa yang akan berlaku atau apa yang datang dari hadapan….kita masih boleh elakkan…dan salah satu tips untuk elakkan terbabas jika kita mengelak sesuatu….gunakan cara memegang stereng 10/2…iaitu tangan kiri di jam 10..tangan kanan di jam 2…dan jika kita mengelak bahaya di hadapan automatik tangan kita akan kunci stereng daripada terbabas jauh…lihat saja stereng F1….kedudukan tangan pemandu itu di kedudukan 10-2…..ini adalah apa yang aku belajar di kursus advance driving yang xkan dapat di kursus memandu jpj….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda boleh letak gambar di bahagian komen menggunakan img src="url gambar anda" <--copy paste dalam komen & letak URL gambar anda atau guna HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge