Liverpool patut berada di Champions league semula
Pemain tengah baru Liverpool, Nuri Sahin yang dipinjamkan dari Real Madrid tempoh semusim telah rasmi diperkenalkan kepada pihak media dalam press conference perkenalkan beliau.
Beliau juga melahirkan keazaman untuk memenangi trofi bersama Liverpool dan membantu kelab berada di tempat 4 kelab teratas dan bermain di UEFA Champions League.
Pertanyaan mengenai apa yang diharapkan bersama Liverpool musim ini
Jika kita kekal bermain ketika menentang Man City di mana semua pemain bermain dengan begitu baik dan berpeluang untuk 4 teratas. Liverpool patut sentiasa bermain di Champions League dan sebagai salah satu kelab gergasi kami akan lakukan yang terbaik untuk menembusi halangan itu.
Kami juga ada FA Cup, Capital One Cup dan Europa League dimana kami berpeluang menjulang seberapa banyak trofi yang boleh musim ini. Saya sentiasa memikirkan pengakhiran yang baik bersama Liverpool.
Hmm top 4 mungkin jika kita dapat satu striker berbisa.

