Anugerah Barclays diumumkan
Barclays Manager of the Season 2011/2012
Alan Pardew
Barclays Player of the Season 2011/2012
Vincent Kompany
Barclays Golden Boot 2011/2012
Robin Van Persie (30 gol)
Barclays Fair Play Award
Swansea City
List Anugerah PFA 2011/2012
Alan Pardew membantu pasukannya Newcastle habiskan musim di tangga kelima liga dan sentiasa bersaing untuk habiskan empat tempat teratas. Permulaan terbaik mereka dalam 17 tahun merupakan antara sebab kejayaan besar musim ini.
Newcastle musim ini atasi segala jangkaan kepada mereka di awal musim apabila penyokong Magpies turut meragui kemampuan Pardew membimbing kelab itu. Beliau dilantik pengurus Newcastle pada Disember 2010 menggantikan Chris Hughton walaupun beliau membawa semula Newcastle kembali ke EPL.
Selepas membantu mereka kekal di liga musim lepas, beliau terus usaha untuk tingkatkan lagi kelab dengan membawa masuk pemain yang kini bintang EPL termasuk Yohan Cabaye dan Demba Ba. Kemasukan gandingan serangan Papiss Cisse januari lalu menguatkan lagi cengkaman Magpies untuk habiskan musim di kedudukan di atas Chelsea dan Liverpool.
Pertahanan Man City, Vincent Kompany telah membantu kelabnya menjuarai liga kali pertama dalam 44 tahun dan pemain paling berpengaruh City.
Membantu kelab rekod tanpa kalah di tempat sendiri musim ini hanya dengan satu seri dan telah membantu dari dibolosi dalam 17 perlawanan. Gol beliau ketika menentang Man Utd adalah penentu kejuaraan City.
Vincet Kompany juga memenangi anugerah pilihan pemain dan penyokong Man City dan juga tersenarai dalam kesebelasan terbaik EPL musim ini.
Yup, Newcastle sangat hebat musim ini kredit juga kepada Man CIty. Kompany harus dipuji selepas kejuaraan bersama Man City tetapi juga kredit kepada Robin Van Persie dan Aguero. Susah gak bila ramai calon-calon yang sama hebat. Tahniah




