Lagenda Bola sepak Brazil dan Real Madrid
Pemain pertahanan veteran Brazil ini sudah mengumumkan persaraan beliau dari bermain bola sepak dengan zaman kegemilangan beliau ialah ketika 11 tahun bersama Real Madrid.
Roberto Carlos, 39 kini bermain di Anzhi Makhachkala membuat keputusan menggantung but serta merta walaupun sebelum ini menangguh persaraan sehingga hujung musim nanti.
Beliau akan mengambil jawatan pembantu pengurus di Anzhi sebaik sahaja lesennya dilulus. Beliau sudah setangah tahun menjadi pemain-coach dan tidak disenaraikan dalam skuad Anzhi dalam liga Russia musim baru. Perlawanan Testimonial beliau akan diadakan antara Real Madrid dan Anzhi.
Bemula di Brazil, Palmeiras dan selepas dua tahun berpindah ke Inter Milan namun hanya bertahan satu musim sebelum dibeli Real Madrid.
Zaman kegemilangan beliau jelas di Santiago Bernabeu di mana beliau bermain selama 11 musim dan memenangi aneka trofi; 4 Juara La Liga, 3 trofi Champions Leagues, 3 Spanish Supercopa dan macam-macam lagi.
Beliau kemudian bermain dua musim di Fenerbahce sebelum kembali ke Corinthians sebelum berpindah ke Anzhi tahun lepas.
Juga cemerlang bersama Brazil, beliau bermain 125 kali untuk Brazil dan sebahagian skuad memenangi trofi World Cup 2012 dan Copa America 1997 dan 1999.
Mungkin yang akan dirindui ialah kehebatan sepakan percuma beliau.Masa lawan France, pergh terbaik. Respect. Mungkin pertahanan kiri terbaik di eranya. Tak mungki ndapat diganti. Salute for Roberto Carlos


antara bek kiri terbaik..among my feveret players..
yup zaman the real galacticos