Lagenda Liverpool Robbie Fowler beri penghormatannya kepada barisan serangan Liverpool terutama Luis Suarez.
Dalam satu temubual dengan Liverpoolfc.tv, beliau yang lebih dikenali penyokong the reds dengan gelaran ‘GOD’ memuji dan kagum pemain kini berjersi no 7 itu dan juga menambah mahu berpeluang untuk bermain bersama-sama dengannya.
Sebagai seorang penjaring gol, anda mesti sentiasa pemain di sekeliling anda yang mampu mencipta peluang. Sepanjang musim ini, Luis telah beberapa kali mencipta peluang rakan-rakannya. sebagai pemain, saya akan berkembang lebih maju bermain dengannya.
Apabila ditanya mengenai pengaruh pemain Uruguay tersebut sejak perpindahanya ke Anfield Januari lepas.
Luis mengagumkan sejak sertai kami dan persembahannya setiap perlawanan sentiasa konsisten. Beliau telah bautkan pemain pertahanan tidak duduk diam dan menyebabkan banyak masalah. saya amat puas hati mengenai persembahannya musim ini.
Beliau juga teruja menyaksikan perkembangan potensi gabungan serangan Suarez dan Andy Carroll
Saya fikir mereka semakin serasi dalam perlawanan terakhir mereka dan telah laluinya bersama dengan baik untuk menjadi ancaman berbahaya kelak. Ketika perlawanan Everton, mereka beraksi cemerlang membantu Liverpool ke perlawanan akhir. saya juga mengharapkan sebagai penyokong, mereka akan lebih maju.
Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Robbie Fowler yang telah jaringkan 128 gol dalam 266 perlawanan turut mengatakan perlawanan baki liga penting untuk setiap pemain untuk menunjukkan kemampuan mereka untuk perlawanan akhir FA Cup 2012.
Robbie Fowler juga membantu Liverpool Legends memenangi EPL Masters Football Malaysia Cup 2012


