Ramalan Germany vs Greece #Euro2012

Siapa pasukan kedua ke separuh akhir; Germany atau Greece?

germany vs greece euro 2012

Suku Akhir Euro 2012 kedua

Greece pasti mahu magik euro 2004 kembali berulang dan harapan menggunung tewaskan Germany. Kedua-dua negara telah 8 kali bertembung dan Germany belum pernah ditewaskan; 5 menang dan 3 seri. Selepas menjadi juara kumpulan maut Group B, Germany mungkin silap jika merendahkan lawan mereka.

Adakah Greece mempunyai strategi mantap hadapi serangan Germany?

Penjaring gol terbanyak Euro 2012 dengan 3 gol setakat ini, Mario Gomez pasti sukar untuk dijinakkan. Dibantu Podolski, Ozil dan Schweinsteinger adakah mereka mampu menentang kedegilan pertahanan Greece.

Tanpa Giorgos Karagounis, siapa bakal beri impak buat Greece?

Kad kuning ketika menentang Russia, kapten Greece digantung 1 perlawanan apabila telah mengutip 2 kad kuning. Dengan debat berterusan dengan kontroversi kad kuning beliau, Greece patut segera memberi tekanan kubu Germany. Sama ada Samaras, Torosidis atau orang lain, setiap mereka mempunyai tanggungjawab besar.

Mungkin Germany akan senang mendominasi sepanjang perlawanan?

Skuad Germany antara pilihan menjadi juara euro 2012 dan dengan skuad terkuat mereka mungkin akan senang memenangi perlawanan ini untuk bertemu sama ada England atau Italy.

Ramalan: Germany 2-0 Greece

Greece mungkin tiada peluang walaupun adanya Karagounis dalam skuad.

Tagged with 

One thought on “Ramalan Germany vs Greece #Euro2012

  1. [...] Perlawanan kedua suku akhir euro 2012 antara Germany dan Greece. Betul ke ramalan sebelum ni? [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge