Muslim Brotherhood Mohamed Morsi
Mohammed Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang pertama menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lepas selepas pemberontakan besar-besaran.
Semenjak itu majlis tentera memerintah negara tersebut dan memilih bulan ini untuk bekerjasama dengan presiden baru untuk rancangan perlembagaan demokrasi.
Ini merupakan pilihan raya demokratik pertama dalam sejarah Mesir dan pengumuman itu disambut penuh sorak dan laungan “Allahu Akbar!” oleh ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin di dataran Tahrir, Kaherah.
Beliau yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi (lebih 13 juta undian) mengalahkan pencabarnya Ahmed Shafiq (perdana menteri ketika era Hosni Mubarak) yang mengumpul 48.27 peratus undi (lebih 12 juta undi).
Wakil Ikhwanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan mereka di facebook; yang menggangap pilihan raya ini satu penghormatan kepada revolusi kami dan akan bersumpah akan terus berjalan di jalan yang benar.
twitter; Perjuangan demokrasi dan keadilan belum berakhir dan kami akan kekal di tahrir.
Namun Morsi mungkin tidak akan menikmati kuasa seperti Mubarak dengan kekangan dan hanya pertubuhan tentera akan memutuskan jawatannya dalam kerajaan. Keseimbangan kuasa menjadi halangan besar buatnya nanti.
Morsi juga telah menjanjikan keserdehanaan Islam moden bagi era baru demokrasi Mesir ini dengan autokrasi digantikan dengan kerajaan telus yang menghormati hak asasi manusia dan tingkatkan kembali negara arab yang merosot. Era kebangkitan Mesir dengan asas Islam.
Beliau berkelulusan dari Universiti Kaherah tahun 1975 bidang kejuruteraan dan PhD di University of Southern California tahun 1982 sebelum pulang ke Mesir ketika usia 34 tahun.
Morsi, 60 akan mula mengambil alih jawatan ini bermula 1 Julai 2012.



