Pembelian yang mengejutkan namun sangat berbaloi
Sebelum ini Brendan Rodgers telah memberitahu akan tandatangan dua pemain baru sebelum Premier league bermula dan sejurus selepas itu, Liverpool telah mendapatkan pemain ketiga mereka iaitu Oussama Assaidi dari liga belanda, SC Heerenveen dengan £3 juta dilaburkan.
Pemain dari Morroco ini Oussama Assaidi telah bermain 131 perlawanan di Eredivisie dengan tiga kelab berbeza namun meningkat tiga tahun lepas bersama Heerenven. Beliau jaringkan 10 gol musim lepas dalam 19 perlawanan.
Profil Oussama Assaidi
Name: Oussama Assaidi
Country: Morocco
Age: 24
Height: 1.78 m
Weight: 70 kg
Position: Forward/Winger
Rodgers akan menggunakan style tersendiri sama ketika di Swansea dimana gerakan banyak dilakukan dari gerakan pantas pemain sayap, sama ada sepakan ke arag gol atau membantu gerakan serangan. Daripada video Oussama Assaidi di bawah, beliau memang berbakat dan berpengalaman juga berani untuk menunjukkan skill kalahkan pertahanan lawan. Skill ala Suarez.
Dikatakan Assaidi menjadi backup sekiranya pinjaman Cristian Tello tidak terjadi dan mungkin lebih baik dengan pengalamannya menjadi regular bersama Heerenven. Juga dengan Dirk Kuyt, Craig Bellamy dan Maxi Rodriguez telah keluar dari kelab, Liverpool kurang pemain sayap yang laju. Beliau mungkin sesuai dengan taktik passing yang ingin digunakan Rodgers musim ini.
Yup, mungkin pembelian yang bijak dari Rodgers dan dengan tiada harapan tinggi untuk Assaidi, beliau mungkin lebih baik dari Downing dan terus sedia untuk first team. Rodgers juga mengharap akan lebih lagi pemain ke Liverpool antara yang dikatakan Clint Dempsey, Nuri Sahin dan ramai lagi. Dengan ada Orang Islam bermain untuk Liverpool, diharapkan keberkatan dalam skuad musim ini. hehe


wow..bagus r maneger baru lfc ni…mank ad harapan untuk top 4 musim ni…dy islam ke?
Hmm islam katanya
Post terbaru Wan Gerrard = West Brom vs Liverpool: Premier League 12/13 Preview
[...] Pemain baru Liverpool, Oussama Assaidi tidak berpeluang melakukan debutnya selepas telah bermain europa league bersama bekas kelabnya, SC Heerenveen. Beliau akan dapat bermain semula sekiranya Liverpool berjaya ke pusingan kumpulan. [...]