Norwich vs Liverpool Premier League Preview

Norwich vs Liverpool Premier League Preview

2

Cabaran sengit Norwich menanti Liverpool

norwich vs liverpool premier league preview

Norwich vs Liverpool

29 April 12.30 pagi Ahad

Liverpool mahu kutip mata maksimumĀ  baki perlawanan liga ini supaya tidak terus terjatuh tempat 10 terbawah liga dan akan menanti saingan sengit Norwich. Liverpool kini hanya 3 kemenangan dalam 15 perlawanan liga dan lawannya kini hanya tiga mata dibelakang mereka.

Walaupun Kenny Daglish telah berjaya membimbing pasukannya memenangi Carling Cup 2012 dan akan menanti FA CUp final menentang Chelsea, mereka sekali lagi kecewa dalam liga dan penting sekali terlepas tempat untuk ke Champions League musim depan.

Pasukan Paul Lambert lalui musim pertama terbaiknya di Premier League dan kemenangan perlawanan ini akan memastikan mereka kekal di sini dan lebih lagi sama mata dengan Liverpool.

Paul Lambert akan tanpa Marc Tierney sehingga habis musim manakala bekas pemain Liverpool, Daniel Ayala terlepas dengan masalah hamstring. Lagi bekas Reds, Zak Whitbread mungkin akan kembali ke skuad selepas pulih cedera kaki.

Kenny Daglish akan kembalikan Steven Gerrard ke skuad selepas terlepas perlawanan lepas atas sebab jaga-jaga. Charlie Adam pula terlepas baki musim ini dengan kecederaan lutut. Selain itu, skuad masih kuat cuma taktik kd yang mainkan peranan.

Ramalan: Norwich 1-1 Liverpool

Tekanan tinggi kepada Daglish untuk beri sesuatu kepada kelab kenapa beliau masih merupakan calon sesuai jawatan pengurus musim depan. Norwich pula cuma inginkan malukan Liverpool di tempat sendiri.

Kesebelasan kemungkinan

Norwich: Ruddy, Dury, R Bennet, Ward, Martin, Surman, Hoolahan, Howson, E Bennett, Vaughan, Holt

Liverpool: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Enrique, Henderson, Spearing, Kuyt, Gerrard, Bellamy, Suarez

Apa yang anda harapkan ke perlawanan ini? :)

Share.

Leave A Reply