Newcastle vs Liverpool Premier League Preview

Newcastle vs Liverpool Premier League Preview

April 1, 2012 2 Comments

Masa untuk turunkan barisan pemain muda

newcastle vs liverpool premier league preview

Newcastle vs Liverpool

Sports Direct Arena
1 April 2012 8.30 mlm Asto

Kenny Daglish akan membimbing pasukannya menentang Newcastle di saingan liga. Kedua-dua kelab ini kini di tempat ke-6 dan ke-8 dan pasukan Tyneside kini 8 mata di depan Liverpool dan Everton kini di antara mereka. Liverpool kini bergelut dan rekod terburuk sejak tahun 1993 ketika era Graeme Souness. Hanya 8 mata dalam 11 perlawanan dan kalah 5 dalam 6 perlawanan terakhir mereka, hanya Wolves mempunyai lebih teruk. Liverpool masih tidak cukup bagus dan tekanan tinggi kepada pengurus kelab.Berbeza dengan Newcastle yang mempunyai musim terbaiknya di bawah pengurus Alan Pardew, mereka kini 3 mata dibelakang Chelsea dan akan menentang bekas pemain mereka Andy Carroll dan Jose Enrique.

Andy Carroll

Saya selalu tidak berasa nervous ketika perlawanan namun kali ini berbeza. Semua keluarga dan kawan-kawan saya akan berada di sana dan tidak pasti akan menyokong pasukan mana. Saya gembira melihat prestasi baik Newcastle. Saya sentiasa menyokong mereka, dibesarkan di sana dan cukup bertuah bermain untuk mereka. Mereka akan sentiasa bermakna buat saya.

Mike Williamson

Kami sentiasa bersedia ke setiap perlawanan untuk kekalkan momentum baik ini. Ini satu perlawanan tempat sendiri yang penting dan berharap akan lakukan yag baik. Mereka tentu akan bertindak balas di perlawanan ini. Walaupun mereka (Liverpool) sedang lalui keputusan teruk namun masih mempunyai kualiti skuad baik dan sebuah pasukan yang terhebat.

Newcastle tanpa pemain pertahanan mereka Coloccini selama sebulan selepas cedera hamstring. Rakan pertahanan Steven Taylor sudah pun diketepikan sehingga habis musim dan mungkin menurunkan James Perch bergandingan dengan Willamson. Ryan Taylor dan Tiote dijangkakan kembali selepas pulih dari cedera. Duo serangan sensasi Demba Ba dan Papiss Cisse akan terus ketuai barisan depan meraka.

Charlie Adam akan terlepas baki musim ini selepas cedra ligament di lutut kanannya dan berita baik buat pemain muda seperti Shelvey untuk peluang bermain. Dengan Agger masih cedera, Carragher atau Coates akan bersama Skrtel di pertahanan. Maxi, Bellamy, Johnson dan Kelly masih ragu-ragu tahap kecergasan mereka dan mungkin digantikan dengan barisan pemain muda.

Ramalan: Newcastle 1-0 Liverpool (Harap ramalan ini salah)

Barisan kemungkinan Liverpool
Reina, Flanagan, Skrtel, Carragher, Enrique, Kuyt, Gerrard, Spearing, Downing, Carroll, Suarez

Barisan kemungkinan Newcastle
Krul, Williamson, Perch, Simpson, Santon, Gutrie, Ben Arfa, Cabaye, Gutierrez, Cisse, Ba

Gameweek 31 BPL 2011/2012

Aston Villa vs Chelsea
Everton vs West Brom
Fulham vs Norwich
Man City vs Sunderland
QPR vs Arsenal
Wigan vs Stoke City
Wolves vs Bolton
Newcastle vs Liverpool
Tottenham vs Swansea
Blackburn vs Man Utd

Hmm tak jangkakan apa-apa yang menarik, cuma tunggu Gerrard jaringkan gol ke-150 bersama Liverpool. Go Kapten :)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. beckhr00y says:

    Kalah, tapi harap Piala FA Liverpool boleh menang
    Post terbaru beckhr00y = Kereta Baru Zizan Gambar Kereta Baru Zizan Evo 10My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge