Natasha Hudson dan Carleed Khaza Selamat Bergelar Suami Isteri

Pasangan artis ini selamat dinikahkan dengan sekali nafas

Natasha Hudson dan Carleed Khaza Selamat Bergelar Suami Isteri

Natasha Liana Hudson, 29, yang sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan pada jam 11.55 pagi Ahad lalu.

Mereka dinikahkan berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar. Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat,”

Pada majlis bersejarah ini, Natasha menggayakan persalinan coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran berupa Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

gambar natasha hudson kahwin

Tahniah kepada mereka, cantik2 :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge