Nasib Andy Carroll: Liverpool, West Ham atau Newcastle?

Kekal atau Pergi?

andy carroll cuti

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mahu penyerang England itu membuktikan tempat dalam pelan beliau sepanjang perlawanan pra-musim ini. Nasibnya juga mungkin diketahui jika dia mampu buktikan dirinya bernilai £35 juta.

Sebelum ini Andy Carroll dikhabarkan diminati presiden AC Milan namun masih belum memikirkan untuk membida/meminjam beliau. Andy Carroll menjadi sasaran AC Milan.

Kini Andy Carroll menjadi sasaran beberapa kelab di EPL.

Kelab yang baru naik ke Premier League, West Ham berminat untuk meminjam penyerang Liverpool sehingga habis musim. West Ham kini diurus bekas pengurus Newcastle, Sam Allardyce. Turut menyakinkan ialah rakan baiknya semasa di Newcastle, Kevin Nolan juga bermain di sana.

Andy Carroll mungkin juga kembali semula ke Newcastle dengan pengurus Alan Pardew masih mengalu-alukan kepulangannya. Mereka juga masih menanti masa depan penyerang mereka, Demba Ba.

Fulham juga mungkin destinasi buat Carroll dengan pertukaran antara Clint Dempsey yang hampir untuk ke Liverpool.

Pendapat sendiri, Andy Carroll lebih baik diberi lagi semusim bersama Liverpool.

Tagged with 

2 thoughts on “Nasib Andy Carroll: Liverpool, West Ham atau Newcastle?

  1. Baik gunakan dia lagi la.. sejak akhir-akhir ni dia pun dah mula tunjuk sket kualiti dia..rasa Liverpool x boleh kurang penyerang.. biar banyak pilihan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge