Memorial Hillsborough ke-23

Memorial Hillsborough ke-23

0

Gambar sekitar majlis ulangtahun tragedi Hillsborough ke-23

Hillsborough memorial

Majlis tahunan peringati mangsa Hillsborough di mana 96 penyokong Liverpool terkorbantelah diadakan di Anfield semalam.

Keluarga mangsa dan ribuan peminat datang ke Anfield yang turut serta pengurus kelab dan skuad utama Liverpool untuk majlis penuh suram ini. Mereka datang untuk peringati mangsa yang terkorban ketika kesesakan dalam stadium ketika menentang Nottingham Forest 15 April 1989. Lilin dinyalakan di hadapan orang ramai sama dengan bilangan mereka terkorban sementara lagu Abide With Me dilaungkan.

Ingin tahu lebih mengenai tragedi Hillsborough, sila ke Hillsborough Disaster: 15 April 1989

Tepat jam 3.06 pm (waktu sana), Anfield diam seminit peringati peristiwa ini yang juga masa ketika pengadil meniupkan wisel tamat tinggalkan perlawanan tersebut disebabkan tragedi itu.

Margaret Aspinall, Ketua Kelab Sokongan keluarga Hillsborough memberi ucapan yang turut memberi komen mengenai pelawak, Alan Davies yang mengutuk Liverpool yang tidak bermain pada setiap 15 April.

Apabila seseorang memberi komen mengenai Liverpool sepatutnya bermain di setiap 15 April, ribuan mangasa yang akan tersinggung dan sakit hati apabila mereka tidak lalu apa yang telah dilalui mereka walaupun 23 tahun berlalu. Individu tersebut patutlah simpan pendapatnya untuk diri sendiri.

Ucapannya itu menerima sambutan dan tepukan gemuruh mereka di sana. Walaupun Davies telah menderma £ 1.000 ke tabung bencana Hillsborough, pihak kelab telah menolak tawarannya dan mengatakan Hillsborough bukan sekadar wang semata-mata.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Liverpool FC yang beri sokongan kepada keluarga Hillsborough setiap tahunan dan juga mereka yang hadir ke memorial Hillsborough ini.

Hillsborough Disaster: 15 April 1989

Sebelum ini, di perlawanan FA Cup Liverpool dan Everton, kapten kelab Steven Gerrard dan Phil Neville hadiahkan bunga kepada ahli keluarga mangsa Hillsborough dan memakai lilitan hitam sebagai tanda hirmat. Liverpool menang 2-1 dan layak ke perlawanan akhir FA Cup.

Antara yang hadir ke memorial ini ialah bekas pemain, Phil Thompson dan Ian Rush dan juga bekas pengurus Roy Evans.

Majlis memorial ini disertakan beberapa lagu berkaitan bencana Hillsborough, lagu kelab You’ll Never walk Alone sebelum 96 belon dilepaskan ke udara. lagu Justice for the 96 dinyanyikan sebelum majlis ditamatkan.

gambar ulangtahun hillsborough ke-23 5gambar ulangtahun hillsborough ke-23

Justice FOr The 96

Share.

Leave A Reply