MasterChef Selebriti Episod 26 – Finalist

MasterChef Selebriti Episod 26 – Finalist

July 10, 2012 2 Comments
 

Siapa finalist MasterChef Selebriti Malaysia

MasterChef Selebriti Episod 26

Finalist

Empat peserta yang kalah di cabaran semalam (MasterChef Selebriti Episod 25 – Soo Wincci ke Final) terpaksa mengharungi pusingan penyingkiran yang kali ini diadakan cara berlainan.

Farouk Hussain, Fazley, Juliza Adlizan dan Angah merebut tempat ke Final Masterchef Selebriti.

Peserta dikehendaki meneka 12 bahan yang disediakan di bawah penutup dan mereka yang meneka tepat terbanyak akan ke pusingan akhir.

Dato Fazley layak dengan 11 tekaan betul.

ANgah terpaksa ke pusingan penyingkiran selepas mendapat tekaan terendah manakala Juliza Adlizan dan Farouk Hussain bersaing sekali lagi kerana sama mata. Juliza Adlizan menang  tekaan selepas itu.

Angah dan Farouk Hussain ke pusingan akhir terakhir dan kedua-dua mereka dikehendaki menyiapkan tomyam yang telah disediakan dengan hanya 8 bahan yang boleh diambil.

MasterChef Selebriti Episod 26

MasterChef Selebriti Episod 26

Angah – Tom Yam Kung

MasterChef Selebriti Episod 26

MasterChef Selebriti Episod 26

Farouk Hussain – Tom Yam Ketam

Farouk Hussain kalah dalam cabaran ini namun selepas diumumkan tersingkir, chef Joe memanggil semula Farouk Hussain untuk menjadi 5 finalist MasterChef selebriti. Kejutan.

Finalist MasterChef Selebriti Malaysia; Soo Wincci, Dato Fazley, Juliza Adlizan, Angah dan Farouk Hussain.

Siapa bakal menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia? Nantikan hujung minggu nanti :)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mimi says:

    I minat soo wincci

Leave a Reply

CommentLuv badge