Andy Carroll diberi tempoh sehingga hujung minggu untuk memikirkan masa depannya
Liverpool telah mengatakan beliau mahu memutuskan kata rasmi dari Andy Carroll sama ada mahu berpindah ke kelab lain atau terpaksa berada di bangku simpanan menurut Daily Mirror.
Andy Carroll dilihat mahu kembali semula ke kelab lamanya Newcastle namun Liverpool hanya mahu menerima bidaan tidak kurang dari £20 juta yang menjadi kekangan mereka sekarang.
Liverpool amat memerlukan seorang lagi penyerang berkualiti musim ini dan ini mungkin memerlukan lagi dua penyerang sekiranya Carroll mahu berpindah. Namun Rodgers masih mahu menjadikan Carroll backup daripada terpaksa kerugian £20 juta atau pun hanya menerima jika penggantinya setimpal dengan bayaran perpindahannya.
West Ham sebelum ini telah menawarkan pinjaman semusim Carroll dengan dibayar gai penuh £90ribu seminggu dan juga perpindahan £18 juta sekiranya mereka tidak tersingkir namun bidaan itu ditolak Liverpool. Kini Tottenham juga ingin dapatkan beliau sekiranya perpindahan Luka Modric ke Real Madrid selesai.
Rodgers kini mempunyai lebih kurang seminggu untuk menambah kekuatan skuad beliau dengan juga beberapa pemain dikaitkan keluar dari Liverpool. Charlie Adam dikaitkan ke Stoke City dan Everton dan Joe Cole menarik minat beberapa kelab namun kecederaannya sekarang menjadi sekatan perpindahan baru.
Hmm mungkin lebih baik Liverpool terima sahaja bidaan lebih rendah dan elakkan dari merosakkan mood skuad. Tak pasti apa jadi dengan Liverpool dan masalah kewangannya.



jual je mana yg x berkualiti or yg rasa x dpat men ekot gaya brendan 2.. c shelvey pun patut jual.. kelly gak patut di jual.. kelly 2 back yg x bleh naik jd winger.. bila cross memg hancus… cari back lucas.. cari lagi player tempat enrique..jual and beli habis-habisan…
hmm rasanya xperlu nk berbelanje besar..cuma perlu dapatkan penyerang dan winger dan dengan owner yg berjimat cermat dan patuhi rules UEFA mengenai soal gaji pemain. musim ini sekali lagi musim experimen bagi liverpool. mungkin akan ada kekalahan begitu tapi biasa la. YNWA