Skrtel dikatakan ingin berpindah ke kelab lain musim panas nanti
Martin Skrtel kejutkan Liverpool apabila ingin keluar Liverpool untuk bermain bersama kelab lain di Champions League selepas kecewa dengan prestasi Liverpool.
Skrtel yang musim ini konsisten dan pilihan pemain terbaik Liverpool musim ini walaupun lalui musim sukar bersama Liverpool. Gandingannya bersama Daniel Agger menjadikan mereka antara rekod pertahanan terbaik di Premier League.
Pemain 27 tahun itu kecewa dengan prestasi Liverpool musim ini dan tidak habiskan musim di tempat keempat yang menjadi misi utama mereka di awal musim. Walaupun mereka berbelanja besar di bawah pemilik baru, tiada peningkatan dalam setahun itu.
Piala saguhati Carling Cup musim ini belum cukup untuk menyakinkan beliau yang turut terlepas perlawanan Champions League musim depan. Beliau telah empat tahun bersama Liverpool sejak perpindahannya dari Zenit St Petersburg taun 2008 £6.5 juta.
Martin Skrtel mempunyai baki kontrak dua tahun bersama Liverpool dan antara pemain lain yang mungkin turut keluar ialah Maxi dan Kuyt.
Kenny Daglish tidak jangkakan pemain untuk tinggalkan kelab
Kami tidak berharap untuk mana-mana pemain tinggalkan Liverpool. Hanya Fabio yang akan tinggalkan kita sebab kontraknya akan tamat nanti. Kami juga tidak fikirkan untuk menjual mana-mana pemain untuk membawa masuk pemain baru ke skuad dan kami akan fikirkan cara.
Kehilanggan Skrtel akan jadi tamparan hebat kepada Liverpool dan sekali lagi terlepas bermain di Champions League akan lebih mudah untuk pemain tinggalkan Liverpool. Harap kenyataan ini tidak benar dan boleh ubah dari segi lain. Kalau tidak adakah Barcelona ingin bida Skrtel, rasanya boleh ganti Puyol kat sana.
Daglish pernah lepaskan Torres dan tidak terkejut jika lebih ramai mahu keluar. Tak pasti apa idea KD, kenapa dia tak keluar


Botak encem gak
mafia tu, jangan kacau
wan aku pown botak gak skang…..leyh ngurat mimi nih…hahaha…..skrtel memang bagus tapi tak cukup buat liverpool…..dan masih tak standing dgn agger….tapi kehilangannya pasti di rsai….
ngorat2, mimi ni memang haha hmm skrtel aku minat dia, 2 musim lepas dia banyak improved..tapi tak terkejut jika ada kelab besar nak dia
[...] Beliau sebelum ini kecewa dengan Liverpool yang tidak menghabiskan di tempat empat teratas dan menjadi sasaran beberapa kelab termasuk di luar BPL. Martin Skrtel Ingin Keluar Liverpool? [...]