Malaysia XI v Arsenal
24 Julai 2012, 9.45mlm
Bukit Jalil Stadium, KL
Arsenal akan ke Malaysia kali kedua menentang pilihan Malaysia malam esok. Skuad Rajagopal dikalahkan Arsenal 4-0 tahun lepas dan adakah keputusan serupa malam esok?
Skuad Arsenal sudah pun berada di Malaysia Sabtu lepas dan telah menghadiri sesi temuramah dan tandatangan kepada peminat Arsenal.
Pemain Arsenal Tour 2012
Penjaga gol: Lukasz Fabianski, Vito Mannone, Wojciech Szczesny
Pertahanan: Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Johan Djourou, Thomas Vermaelen, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Nico Yennaris, Andre Santos
Midfield: Craig Eastmond, Francis Coquelin, Alex Song, Thomas Eisfeld, Abou Diaby, Mikel Arteta
Penyerang: Alex Oxlade-Chamberlain, Ryo Miyaichi, Theo Walcott, Chuks Aneke, Benik Afobe, Gervinho, Marouane Chamakh
Ramai pemain ternama seperti Robin Van Persie, Podolski, Rosicky, Arshavin tidak disenarai ke tour 2012 dan diberi rehat berikutan penglibatan mereka di Euro 2012.
Selepas Malaysia, Arsenal akan ke Beijing, China untuk menentang Manchester City di Bird’s Nest Stadium pada 27 Julai dan perlawanan terakhir di Hong Kong 29 Julai menentang Kitchee FC.
Jom ke Stadium esok


[...] Malaysia XI vs Arsenal [...]
[...] Skuad Malaysia sebelum ini menentang Arsenal dan bermain positif walaupun tewas 2-1 dan akan tingkatkan keyakinan pemain untuk ke perlawanan ini. [...]