Luahan Zed Zaidi di Blognya dan Komen Aaron Aziz

Komen Aaron Aziz dan Datuk Siti Nurhaliza

2

Datuk Siti Nurhaliza dan Aaron Aziz komen pendapat Zed Zaidi

aaron aziz abpbh 25

kopipes dari blog zed zaidi sendiri. Artikel penuh sila ke blog beliau Zed Zaidi – Apa hebat sangat ke artis luar ni

Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.

….

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.

ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!

Twitter Zed Zaidi

Bangkit? Publisiti? Forever Alone :P

Hmm rasanya zed zaidi ni dah salah faham kot, dah memang rezeki Aaron Aziz kat sini. Tak pasti dia dah dapat kerakyatan ke tak. Semua orang suka dia, lakonannya tak kira sama ada di filem atau siri tv. Ini bukannya penjajahan hiburan tempatan mungkin lebih kepada penjajahan mental sendiri yang menjatuhkan bangsa sendiri.

Komen Aaron Aziz apabila kemenangannya di Anugerah Bintang Popular dipertikaikan

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. “Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,”

Dalam masa Aaron Aziz juga berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini diluluskan segera bagi bebas berkarya berlakon. beliau juga akan muncul dalam beberapa filem terbaru tahun ini antaranya KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon dan drama bersiri Adam dan Hawa.

Datuk Siti Nurhaliza juga turut menambah

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,”

Share.

2 Comments

  1. as salam. apa kata lepas ni kita amik semua pendatang kat sini atau kita jemput sebanyak mungkin pelakon dari negara luar sana dan kita operate dia orang jadi pelakon. Lepas tu kita buat la anugerah mcm ni. Mesti ramai bangsa asing yang menang kan. Pelakon kat sini duduk ajer kat umah tgk rancangan secara lansung sambil mulut kunyah pasir.

Leave A Reply