Logo Kemerdekaan Malaysia Ke-55 2012

Isu Logo Merdeka 2012

merdeka 2012 logo

Merdeka 2012 Logo

Logo Kemerdekaan Malaysia ke-55 2012 ini menjadi isu rakyat yang tidak puas hati dengan rekaannya yang sangat simple dan hanya boleh dilakukan menggunakan Microsoft Office. Tak sampai 5 minit pun boleh siap. lol

Keterangan logo Merdeka 55

merdeka 2012 logo

Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.

Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.

Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan  komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Cara buat logo kemerdekaan 55 tahun 2012

merdeka 2012 logo

Ramai mengatakan dimana kekreativiti graphic designer yang ditugaskan membuat logo merdeka tahun ini? Atau adakah tawaran yang beliau terima sama dengan rekaannya itu?

Bagi admin, mungkin logo ni nampak simple tapi masih lagi logo. Mungkin yang penting ialah jiwai erti kemerdekaan atau sekadar kibarkan jalur gemilang yang jarang dilakukan rakyat sekarang.

Tagged with 

15 thoughts on “Logo Kemerdekaan Malaysia Ke-55 2012

  1. Kalau mahu dijadikan isu.. apa sahaja boleh disensasikan. Apa pun “graphic designer” yang ditugaskan septutnya lebih kreatif.
    Post terbaru anif = Komputer MuzikMy Profile

  2. aku tgk logo ni cam cantum2 je
    pemalas gak org yg buat ni

  3. Masyallah…bakpo logo jadi gini….

  4. Ni bukan masalah ‘simple’ tetapi reka bentuk yg seperti tidak mempunyai kefahaman rekaan. Nilah jadi bila orang yang membuat keputusan bukan ahli n ‘buta’ rekaan/Seni. Adakah kita akan memberikan suatu keputusan mengenai hal2 kejuruteraan thdp sesuatu bangunan kpd ahli peniaga? Tolong jangan memperkecilkan hak pereka/ahli seni.

  5. [...] Isu logo rasmi hari kermedekaan ke-55 2012 masih lagi dipertikaikan dan kali ini lagu tema ‘Janji Ditepati’ sudah mula didengari. [...]

  6. Tak tahu mana prioriti … Janji ditepati terlalu besar … berserabut!

  7. Macam tak ada motif aje logo nie…. Dan tak ada kesenian bagi menunjukkan Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai Bangsa, adat dan seni nya…..

  8. Logo ni bermasalah bukan sebab ia terlalu ‘simple’ tetapi terlalu berserabut. Saya kuatir penghasilan logo ni adalah disebabkan ‘arahan’ n ‘pemilihan’ dari orang2 yang ‘perasan’ dia juga ada ‘sense’ rekaan/seni yg baik. Logo ni memalukan kredibiliti masyarakat seni/pereka, seolah2 Malaysia tak ada ‘sense of design’. Hormati kredibiliti masyarakat Seni/pereka wahai orang2 yg membuat keputusan. Kalau anda pecaya akan kredibiliti professional spt ‘Doktor’, ‘jurutera’, ‘peguam’ utk mereka melakukan apa kerja yang mereka betul2 tahu, beri kepercayaan yg sama kpd designer/Seni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge