Liverpool vs Cardiff City: 2012 Carling Cup Final Preview

Liverpool vs Cardiff City: 2012 Carling Cup Final Preview

February 23, 2012 1 Comment

Carling Cup Final 2012 Wembley

carling cup 2012 final preview

Liverpool vs Cardiff City

Carling Cup Final 2012
Wembley
Isnin 26 Februari 2012 12 tengah malam
Astro

Perlawanan akhir Carling CUp 2012 akan menampilkan pertarungan antara kelab Championship, Cardiff City dan kelab EPL, Liverpool. Perlawanan akan diadakan di Wembley dan juara akan layak ke peringkat ketiga kelayakan UEFA Europa League. Piala domestik England pertama musim ini. Pengadil bagi perlawanan ini ialah Mark Clattenburg.

Cardiff City merupakan pasukan pertama bukan dari EPL yang layak ke perlawanan ahir Carling Cup sejak tahun 2001. Liverpool juga kali pertama membuat penampilan di Stadium baru Wembley. Juara musim lalu ialah Birmingham City.

Cardiff City miliki perjalanan Carling Cup yang senang dan hanya menentang 1 pasukan dari EPL iaitu Blackburn dan mereka menang 2-0. Mereka bermula dari peringkat pertama dan kalahkan Oxford United, Huddersfield Town, Leicester City, Burnley, Blackburn Rovers dan Crystal Palace. Liverpool pula  menghadapi perjalanan lebih mencabar. Liverpool bermula di peringkat kedua Carling Cup dan kalahkan Exeter, Brighton & Hove Albion,  Stoke City, Chelsea dan Manchester City.

Liverpool bermain buruk ketika perlawanan kalah kepada Man Utd 2-1 namun bangkit semula membelasah Brighton & Hove Albion di Anfield dan mara ke suku ahir FA Cup. Walaubagaimanapun Cardiff City mungkin berbeza ditambah bermain di Wembley, Stadium Neutral. Liverpool mahu piala pertama mereka selepas kali terakhir tahun 2006. Kenny Daglish juga menafikan mereka dilihat miliki kelebihan. Beliau berkata yang kemenangan kepada Brighton hanya melayakkan mereka ke peringkat seterusnya FA CUp namun tidak memberi apa-apa perlawanan Carling Cup ini.

Cardiff City juga semakin berjaya bersama pengurus mereka Malky Mackay dan telah tandatangani kontrak baru bersama kelab tersebut. Cardiff City telah 4 kali ke Wembley dan kali terakhir ialah Play-Off Championship kalah kepada Blackpool. Ini juga perlawanan akhir Carling Cup pertama mereka dan kali terakhir hanya ke separuh akhir tahun 1966. Mereka juga mungkin mengambil semangat dari kemenangan Birmingham ke atas Arsenal carling Cup musim lepas.

Ramalan: Liverpool 2-0 Cardiff City

Wan Gerrard: Hmm kalau line-up sama macam lawan Brighton pun ok. Tak sabar perlawanan akhir Carling Cup 2012 :)

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Gambar Training Liverpool Carling Cup Final | June 7, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge