Penantian pembelian pertama Liverpool diteruskan
Selepas beberapa minggu, Liverpool jelas destinasi pilihan Gylfi Sigurdsson. Namun dengan Liverpool lama memikirkan untuk berbelanja beliau memilih Tottenham dan menolak peluang bermain di bawah bekas pengurusnya, Brendan Rodgers.
Musim panas yang pelik buat Sigurdsson sendiri yang sebelum ini dikatakan akan tandatangani kontrak secara tetap dengan Swansea. Selepas Brendan Rodgers tinggalkan Swansea untuk ke Liverpool, beliau jelas ingin mengikut pengurusnya itu ke Anfield. Perjanjian sudah dimulakan dengan kelab asalnya Hoffenheim. Namun Tottenham sertai perebutan itu saat akhir dan difahamkan perjanjian itu lebih untung dengan jaminan pemain tetap mereka.
Kini pemain Iceland itu sudah leps ujian medikal dan telah setuju kontrak peribadi. Gaji yang ditawarkan di Spurs 70K berbanding tawaran Liverpool 40K. Tawaran itu hampir tiga kali ganda ketika beliau di Swansea, 25K.
Tottenham kini tanpa pengurus selepas Redknapp dipecat dan Andre Villas-Boas calon untuk dipilih beberapa hari akan datang. Sigurdsson juga pembelian pertama Spurs.
Pembelian itu jelas menunjukkan Luka Modric akan tinggalkan mereka dengan Chelsea, Man Utd dan Real Madrid bersaing untuk dapatkannya.
Mungkin ini pilihan baik buat Liverpool. Dengan Steven Gerrard dan kembalinya Lucas mungkin jaminan kesebelasan utama terhad membuatkan Spurs yang masih tiada pengurus dapat tandatangani beliau. Damn
Hmm ok goodbye Sigurdsson, Football about Money now.



[...] Rodgers sedang memerhatikan Mark Davies, pemain tengah Bolton selepas terlepas untuk dapatkan Gylfi Sigurdsson yang dikatakan bakal ke Tottenham minggu depan. Spurs juga mungkin dapatkan Villas Boas sebagai pengurus baru [...]