Liverpool dan Transfer Musim Panas

Liverpool dan Transfer Musim Panas

5

Kecewa dengan jual beli pemain musim ini

regime brendan rodgers

Complete EPL Transfer 2012/2013

In (33M) (gaji – 6.812M) – Sahin, Assaidi, Allen, Borini, Yesil
Out (11.5M) (gaji – 27.3M)- Adam, Aquilani, Aurelio, Bellamy, Carroll (loan), Darby, Kuyt, Maxi, Toni Silva, Eccleston, Spearing (loan), David Amoo, Muckendi, Mendy

Pintu perpindahan telah tertutup dengan banyak kelab sibuk dengan aktiviti memantapkan skuad mereka. Liverpool juga tidak terkecuali dengan Rodgers cuba mengetengahkan sistemnya di Liverpool dimana beberapa pemain terpaksa menuju jalan keluar untuk menstabilkan kewangan dan tidak sesuai dengan sistem baru ini.

Ramai penyokong Reds kecewa dengan perpindahan kali ini leih-lebih lagi pinjam Carroll ke West Ham. Ramai masih mengharapkan Carroll akan berjaya di Liverpool jika diberi peluang. Dengan tiada penyerang simpanan menjadi pengganti Carroll, Liverpool kini kekurangan penyerang selain Suarez dan Borini. Adakah ini satu jual beli merugikan?

Aku rasa pintu perpindahan kali ini mungkin dari pengajaran musim lepas dibawah Kenny Dalglish yang membawa masuk Downing, Adam, Carroll dan Henderson kombinasi lebih 100 juta. Kesemua pemain satu pembaziran dengan tidak menyerlah dengan status pemain Liverpool. Jadi solusinya kali ini dengan Rodgers ialah pemilik cuba mencari pemain kualiti dengan bayaran minimum dengan mengeluarkan pemain yang tidak menyerlah. Tidak meletakkan harapan tinggi dalam musim pertamanya di sini dan mengelakkan pembelian di saat akhir.

Isu Andy Carroll ini mungkin tidak sukar dengan Rodgers tahu beliau skuar untuk disesuaikan dengan taktiknya. Tidak memberi peluang itu mungkin tidak pasti dengan beliau mungkin telah jumpa Carroll setiap hari ketika turun berlatih dan lebih tahu kemampuannya. Sekiranya di sesi latihan tidak beraksi baik, kualiti serupa juga akan dilihat di atas padang. Cuma respect kepada Andy Carroll yang masih mahu bersama Liverpool sebelum memilih pinjaman ke West Ham. Carroll mungkin tidak bersalah kerana beliau dibeli secara tergesa-gesa ketika Torres (Useless Traitor) tinggalkan kelab. tanpa pengganti Carroll dan kegagalan mendapatkan Dempsey mungkin laluan Reds suka musim ini.

Selama mana dua striker Liverpool akan bermain?; Luis Suarez dan Fabio Borini. Suarez dengan kelas tersendiri dan Borini ada masa depan cerah. Mereka berdua kemungkinan akan turun bermain setiap minggu. Harap mereka tidak akan dilanda kecederaan yang akan menjadi masalah buat Rodgers. Adam Morgan dan Raheem Sterling masih muda dan mungkin peluang beliau musim ini.

Brendan Rodgers jelas ada pelan dan sudah mulakan regimenya di Liverpool. Ini mungkin mengambil beberapa tahun untuk mendapat top 4 jauh sekali yang ke-19. Kecewa sudah tentu tapi terpulang kepada pemain yang ada untuk mengembalikan kepercayaan top 4 musim ini. Sudah masa kita hanya support tanpa pertikaikan keputusan Reds. YNWA

Share.

5 Comments

  1. apa yg diharap ialah pembelian yang dibuat berbaloi. musim yang panjang..harap xda striker yg cedera .. Lucas dua bulan akan rehat.. nak harap sterling or morgan..susah sket di bahagian depan.. sterling lembik sket..morgan mcm x dapat sesuaikan lagi.. harap dorng cepat serasikan diri..mcm mcm bleh berlaku..

Leave A Reply