Liverpool dan Europa League

Liverpool harus serius dalam saingan Europa League

liverpool dan europa league

Selepas setahun tiada perlawanan eropah, musim ini Liverpool kembali bersaing dalam saingan Europa League hasil kemenangan Carling Cup musim lepas. Kali ini dibawah pengurus baru Brendan Rodgers.

Liverpool lalui perjalanan eropah seawal pusingan ketiga dan di pusingan play-off menang aggreget (4-1) dengan FC Gomel dan (2-1) dengan Hearts. Liverpool layak ke pusingan kumpulan. Namun saingan Europa League ini dianggap kejohanan ‘anak’ Champions League dan tidak dianggap penting untuk beberapa kelab English. Mereka lebih mengutamakan saingan Premier League.

Liverpool dalam satu kumpulan dengan Anzhi Makhachkala, Udinese dan BSC Young Boys antara kumpulan tersengit musim ini.

Matlamat musim ini kekal untuk mencapat tempat 4 teratas dan layak ke Champions League namun Liverpool tidak patut mengabaikan kepentingan kejohanan yang sedang disertai mereka antaranya Europa League ini. Musim ini mungkin lebih menarik dengan kebanyakkan kelab nama-nama besar sertai Europa League antaranya Tottenham, Napoli, Lyon, Marseille, Bayer Leverkusen, Atletico Madrid, Athletic Bilbao dan Inter Milan. Ditambah beberapa pemain terkenal akan turun bermain.

Liverpool jelas akan menggunakan saingan ini untuk menurunkan beberapa pemain muda untuk terus memberi saingan menjuarai dimana lebih fokus dalam saingan liga. Namun mungkin lebih baik jika Reds turut fokus dalam saingan ini dengan pemain muda kebanyakkan berpotensi menyerlah.

Dari segi kewangan mungkin lebih rendah dari CL dan tidak memberi lebih kewangan kepada kelab namun di sini dengan Liverpool berada dalam proses kebangkitan mungkin bagus untuk mengambil kesempatan ini untuk membina semula reputasi yang tercalar beberapa tahun lepas. Masih dihormati dan kaya sejarah, namun masih dibelakang kelab Chelsea, Arsenal dan Man Utd.

Di musim perpindahan sekarang, semua pemain mahu bermain di kelab terbaik. Liverpool dengan proses kebangkitan ini sukar untuk membawa masuk pemain antarabangsa yang hebat bermain di sini. Untuk membina reputasi kelab terhebat, bukan sahaja top 4 penting namun harus menunjukkan saingan baik di Europa League.

Dengan skuad yang tidak cukup, kesempatan mungkin diberi kepada pemain muda berbakat seperti Raheem Sterling, Suso, Samed Yesil, Adam Morgan, John Flanagan, Jack Robinson dan ramai lagi. Rodgers mungkin akan membawa masuk lagi pemain baru Januari nanti namun sekarang beliau perlu menggunakan pemain dari akademi jika saingan Europa League berjaya ke pusingan kalah mati.

Saingan Europa League ini memberi kesempatan Rodgers untuk melihat pemain yang sesuai untuk dibawa masuk ke Liverpool. dengan bermain di saingan ini juga memberi leboh perlawanan untuk lebih sesuaikan diri dengan taktik 4-3-3. Transformasi Liverpool kepada taktik elit ini mungkin mengambil masa dan juga sesuai digunakan menentang beberapa kelab eropah lain. Lebih banyak berlatih akan beri keberkesanan kepada Reds.

Lebih lagi kemenangan saingan ini akan beri maruah dan keyakinan kepada pemain sendiri. Ini juga akan beri lebih keyakinan kepada pemain untuk tidak terus leka di hadapan gol. Apa yang penting saingan untuk memenangi trofi ini harus ada supaya pemain yang dipilih fokus untuk bermain untuk Lvierpool.

Tagged with 

3 thoughts on “Liverpool dan Europa League

  1. liverpool perlukan manager yg hebat cam Rafa Benitez tu…
    tapi si Rafa ni hebat UCL je, Liga agak kantoi

  2. Pergi Liverpool!Saya berharap untuk melihat anda memenangi piala kejohanan. :)
    Post terbaru chanikacha = צלחות My Profile

  3. Kontrak untuk mandek, nani akan pergi | Agen Judi Bola Online says:

    [...] sehingga MU bisa mendapatkan James Rodriguez. Namun, kemungkinan ini, kurang dikenal yang terjadidan juga klai ini kmebali lagi dengan pemain yang di kenal dengan nama Nani masih belum memperpanjan…a juga dengan salah satu Stagnan pembicaraan perpanjangan kontrak yang dilaporkan terjadi karena [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge