Liverpool Buru Pemain Juventus, Eljero Elia

Liverpool Buru Pemain Juventus, Eljero Elia

May 10, 2012 0 Comments

Elia kecewa gagal beraksi di Juventus dan mahu keluar

eljero elia mahu liverpool

Liverpool akan cuba membida semula Eljero Elia selepas pemain sayap Belanda itu luahkan hasratnya untuk tinggalkan Juventus hanya setahun di kelab itu.

Elia setuju perpindahan dari Hamburg ke Juventus musim panas lepas tetapi gagal bermain kerap kesebelasan utama walaupun Juventus berjaya menjulang piala Scudetto pertama dalam masa sembilan tahun.

Beliau masih mempunyai tiga tahun kontraknya bersama kelab namun tetap mahukan perpindahan ini dan Juventus juga dilihat tidak akan menghalang hasratnya.

Saya mahu tinggalkan Juventus dan bermain semula. Saya mempunyai hasrat untuk berjaya di sini namun tidak diberi peluang bermain lebih kerap. Saya tidak banyak bermain musim ini dan telah terlepas pandang skuad Belanda ke Euro 2012. Ini musim gagal buat saya dan akan belajar lebih kuat dari segi mental. saya 25 tahun dan mempunyai beberapa tahun karier puncak saya. Saya akan cuba lakukannya semula.

Menurut media England, Liverpool ingin membidanya semula selepas terlepas musim panas lepas.

Liverpool mahukan saya musim sejuk lepas dengan meminjam saya dengan pilihan membida selepas habis musim. Liverpool kekal kelab England teratas.

Apa yang pasti akan lebih ramai pemain baru yang akan ke Liverpool bagi kuatkan segala aspek bagi hadapi musim depan. Persoalannya siapa yang akan dikorbankan meninggalkan Anfield?

Maxi Rodriguez, Dirk Kuyt dan Fabio Aurelio dilihat akan tinggalkan Liverpool musim panas nanti untu merekrut pemain baru.

Maxi Rodriguez juga dilihat akan membatalkan kontraknya bersama Liverpool musim ini kerana kecewa  bermain di bawah Kenny Daglish. Dirk Kuyt juga memjadi buruan banyak kelab.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge