Respect #KennyDalglish
Sebelum ini lagenda Liverpool ini terbang ke Boston untuk bertemu pemilik kelab FSG dan mungkin berbincang mengenai jawatannya di Liverpool. Sekembalinya beliau ke Liverpool, tanda tanya mengenai masa depan beliau menjadi persoalan. Namun baru-baru ini, Liverpool telah mengatakan beliau telah disingkir dari kelab.
Kenny Dalglish
Ia merupakan satu penghormatan tinggi untuk kembali sebagai pengurus Liverpool. Saya hargai kerja Steve, kevin, pemain-pemain dan semua staff ketika tempoh saya di sana dan bangga telah beri trofi Carling Cup, iaitu trofi pertama dalam tempoh 6 tahun dan hampir untuk memenangi trofi FA Cup. Sudah pasti saya kecewa dengan kedudukan liga dan saya tidak akan tukar piala Carling kerana ini sangat berharga kepada kelab dan penyokong kerana kini kembali bersaing memenangi trofi.
Saya jelas kecewa untuk tinggalkan kelab, perkara ini hanya bleh diputuskan pemilik dengan cara penuh hormat dan penuh kualiti dengan hasrat mereka untuk membawa kelab lebih ke hadapan sejak mereka tiba di sini.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua staff Liverpool kerana usaha dan kesetiaan mereka. Saya sentiasa menerima bantuan dan membantu bila-bila dan akan kekal begitu.
Saya juga terhutang budi kepada penyokong Liverpool yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan juga kelab. Tanpa mereka kelab tidak akan capai apa-apa.
Dalglish juga tidak akan mendapat jawatan lain bersama Liverpool apabila menolak jawatan lain sebelum ini. Steve Clarke yang bersama Kenny Daglish terbang ke Boston kini 8/1 pilihan untuk menggantikan beliau. Oh damn
Respect apa yang cuba Kenny Dalglish lakukan musim ini namun mungkin bagus untuk Liverpool bangkit musim depan. Roy Hodgson pasti gembira dengar berita ni
Martinez calon pilihan utama menggantikan Daglish. Sila jangan Martinez, Rafa Benitez ok gak.
Roberto Martinez 6/4, Rafael Benitez 13/8, Jose Mourinho 10/1

