Kempen Bantah Seksyen 114A #Stop114A

Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012

hari internet blackout malaysia 14 ogos

Hari ini merupakan Hari Internet Blackout (Internet Blackout Day) yang diadakan beberapa badan bebas bagi membantah Seksyen 114A yang juga pindaan baru terhadap Akta Keterangan 1950.

Akta ini dilihat tidak adil kerana meletakkan beban kesalahan kepada pemilik, pengendali hos, editor, pemilik laman web atau komputer dan juga bertanggungjawab kepada semua isi kandungan yang terdapat di laman web atau rangkaian sosial mereka sama ada diterbitkan sendiri atau orang lain.

Penerangan Pusat Kewartawanan Bebas

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Untuk lebih penjelasan mengenai Hari Internet Blackout sila ke Segalanya Berkaitan Hari Internet Blackout #Stop114A (Amanz.my)

Bacaan di atas dapat berikan lebih input mengenai tujuan asal pindaan itu diadakan, apa kekurangan Seksyen 114A, implikasinya kepada pengguna internet dan kenapa kebebasan ini perlu dipertahankan.

Situasi seperti yang dikartunkan ini

#stop114a

Saya turut bantah Seksyen 114A

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge