Kelayakan Piala Dunia 2014 ; undian setiap benua

Kelayakan Piala Dunia 2014 ; undian setiap benua

Share - Share on Facebook2Tweet about this on Twitter24Share on Google+0Pin on Pinterest0

fifa world cup 2014 logo

Undian kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil telah dibuat di Rio de Janeiro. 32 pasukan terkuat akan ke Brazil dengan 1 tempat telah khas diberi kepada tuan rumah, Brazil. Tiada tempat khas automatik kepada juara bertahan, Spain. Kelayakkan 31 pasukan telah dibuat bagi setiap benua dan sebanyak 207 negara akan bersaing. Negara yang tidak daftar ialah Brunei, Bhutan, Guam dan Mauritania. Perlawanan kelayakan ini berlangsung sepanjang 2 tahun ini.

Eropah (UEFA)

undian piala dunia 2014 eropahJuara bertahan, Spain berada sekumpulan dengan juara dunia 1998, France selepas undian untuk sesi kelayakan Piala Dunia 2014 dilakukan di Rio de Janeiro, Brazil. Juara bagi setiap kumpulan akan layak secara terus ke Piala Dunia 2014. Sementara 8 pasukan terbaik naib juara setiap kumpulan akan diundi dan berentap sesama sendiri untuk menambah lagi 4 pasukan Eropah ke Brazil. (13 pasukan dari benua Eropah)

Asia (AFC)

Group A Group B Group C Group D Group E
China PR South Korea Japan Australia Iran
Jordan Kuwait Uzbekistan Saudi Arabia Qatar
Iraq UAE Syria Oman Bahrain
Singapore Lebanon North Korea Thailand Indonesia

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan keempat kelayakan piala dunia 2014. Pada pusingan keempat, 2 kumpulan dibentuk dan diundi. Juara dan naib juara kumpulan tersebut akan layak secara terus ke Piala Dunia 2014. 2 pasukan tempat ketiga akan berentap dan pemenang akan bersaing dengan pasukan dari benua lain. Lebih lanjut ke sini. (4 pasukan dari benua Asia, 1 ke intercontinental play-off vs CONMEBOL)

Afrika (CAF)

Group A Group B Group C Group D Group E
South Africa Tunisia Ivory Coast Ghana Burkina Faso
Botswana Cape Verde Islands Morocco Zambia Gabon
Central African Republic Sierra Leone Gambia Sudan Niger
Somalia/Ethiopia Equatorial Guinea/Madagascar Chad/Tanzania Lesotho/Burundi Sao Tome e Principe/Congo
Group F Group G Group H  Group I Group J
Nigeria Egypt Algeria  Cameroon  Senegal
Malawi Guinea Mali  Libya  Uganda
Seychelles/Kenya Zimbabwe Benjin Guinea-Bissau/Togo  Angola
Djibouti/Namibia Comoros/Mozambique Eritrea/Rwanda Swaziland/DR Congo  Mauritius/Liberia

 Juara peringkat kumpulan akan layak ke peringkat ketiga kelayakan piala dunia dan akan bertanding sesama sendiri untuk merebut 5 slot ke Brazil. (5 pasukan dari benua Afrika)

Confederation of North, Central American and Caribbean Association Football (CONCACAF)

2nd round

Concacaf 2nd round world cup 20143rd round

Group A Group B Group C
USA Mexico Honduras
Jamaica Costa Rica Cuba
Juara Group E Juara Group A Juara Group C
Juara Group F Juara Group B Juara Group D

 Pasukan yang berada ranking 6 teratas dalam CONCACAF layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia iaitu USA, Jamaica, Mexico, Costa Rica, Honduras dan Cuba. Selebihnya akan bertanding dalam pusingan kedua peringkat kumpulan. Pemenang setiap kumpulan akan ke pusingan ketiga. Juara dan naib juara peringkat ini akan ke pusingan seterusnya. Pusingan keempat nanti, semua pasukan akan bertanding secara liga dan 3 pasukan teratas layak ke Brazil dan tempat keempat akan ke intercontinental play-off. (3 pasukan dari CONCACAF, 1 ke intercontinental play-off vs OFC)

Amerika Selatan (CONMEBOL)

CONMEBOL qualifying world cup 2014Tuan rumah, Brazil layak automatik ke piala dunia 2014 dan 9 pasukan lain akan bertanding secara liga. 4 pasukan teratas akan layak ke Brazil dan tampat kelima ke intercontinental play-off (4 pasukan dari benua amerika selatan, 1 ke intercontinental play-off vs AFC)

Oceania (OFC)

1st round liga antara American Samoa, Cook Islands, Samoa, dan Tonga

Group A Group B
Vanuatu Fiji
new Caledonia New Zealand
Juara 1st round Solomon Islands
Tahiti Papua New Guinea

 4 pasukan ranking terbawah OFC (American Samoa, Cook Islands, Samoa, dan Tonga) akan bersaing dalam liga dan pemenang akan ke pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 yang akan disertai 7 pasukan yang dibahagi kepada 2 kumpulan. Juara dan naib juara kumpulan akan ke pusingan ketiga kelayakan dan akan bertanding sesama sendiri (tempat sendiri dan lawan) dan pemenang akan bertanding di pusingan keempat untuk melayakkan pasukannya ke intercontinental play-off. (i pasukan ke intercontinental play-off vs CONCACAF)

sumber kelayakan Piala Dunia 2014

Alasan Malaysia kalah? sebab nak bagi tumpuan piala asia 2015. Hmm sepatutnya ini masa tebaik nak majukan bola sepak Malaysia. Takpe cuba lagi

2 Responses

  1. sOoooooour says:

    cuba lagi Harimau Malaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge