Pengumuman perdana menteri kadar gaji minimum sektor swasta
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimun bagi sektor swasta. Bagi semenanjung Malaysia kadar gaji minimum ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala di Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan (RM3.85 sejam)
Gaji minimum ini merujuk kepada pekerja semua termasuk pekerja asing) dalams ektor ekonomi kecuali perkhidmatan domestik, iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Pengumumamn gaji minimum ini juga dihadiahkan sempena sambutan Hari Pekerja 2012 1 Mei 2012. gaji minimum ini akan dikuatkuasa enam bulan dari tarikh perintah ini diwartakan.
Kerajaan menyediakan tetapan ini untuk tidak membebankan majikan atau merugikan para pekarja. Majikan berpeluang membuat persediaan sebelum kadar gaji minimum ini dikuatkuasakan enam bulan sehingga setahun dari sekarang. Pengecualian setahun itu tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian danperubatan, guaman, arkitek, juru perunding dan lain-lain.
Sebelum ini para pekerja membuat tuntutan supaya gaji minimum ditetapkan antara RM1200 dan RM1500 dan telah dikaji Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan Bank Dunia supaya permulaan gaji minimum ini tidak diletakkan terlalu tinggi. Ini mungkin akan menjejaskan ekonomi negara dan pasaran buruh dan pelabur asing.
Gaji Minimum Semenanjung Malaysia dan sabah/Sarawak berbeza?
Datuk Seri juga menetapkan perbezaan antara dua wilayah dilakukan mengikut perbezaan sktuktur upah dan kos sara hidup. Beliau juga berharap untuk tiga tahun akan datang, gaji minimum ini akan dapat diselaraskan satu Malaysia. Gaji minimum ini bukanlah angka statik dan akan dikaji dari semasa mengikut keadaan semasa Malaysia.



