Joe Allen tandatangan kontrak jangka panjang selama 6 tahun bersama kelab dengan perpindahan £15juta dari Swansea City.
Pemain Wales berumur 22 tahun itu kembali bersatu di bawah bekas pengurusnya di Swansea City. Perpindahannya bernilai £15juta disetujui kedua-dua kelab dan telah lepas ujian perubatan.
Dalam temuramah pertamanya sebagai pemain Liverpool; beliau memberitahu Rodgers adalah sebab beliau ke kelab ini.
Saya bangga menjadi sebahagian dari kelab ini untuk masa akan datang. Saya percaya Brendan Rodgers mampu beri kejayaan dan itu merupakan antara sebab saya ke sini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada projeknya dan terlibat dengan pemain lain di sini. Kelab ini akan menjadi lebih kuat musim ke musim di bawah Rodgers.
Saya tetarik dengan pengurusan beliau. Beliau menghormati semua pemain dan saya tidak terkecuali. Untuk kembali bermain di bawah beliau adalah satu penghormatan.
Komen Brendan Rodgers dan dimana beliau akan bermain di bawah Liverpool
Saya gembira apabila Joe mahu bersama ke Liverpool. Beliau sangat sesuai bermain di bawah idea kelab ini. Cara beliau mengawal dan mendominasi bola penting untuk mencorak strategi ini.
Joe telah lalui perkembangan baik di Swansea City dan ini merupakan satu lagi perjalanan menariknya bersama Liverpool. Saya pasti beliau akan di sini lama dan membina legasi bersama Liverpool.
Joe Allen juga menjadi pemain kedua dibawa masuk Rodgers selepas Borini. Promising signings


semoga berjaya di Liverpool
Post terbaru beckhr00y = Shebby Singh Bagi Amaran Buat Steve Kean
yup, masih muda dan berbakat
[...] tempat untuk pembelian baru Rodgers, Joe Allen namun beliau dilihat menikmati perlawanan itu dengan rakan-rakan baru di [...]
[...] Allen, 22 telah rasmi tandatangan kontrak dan menjadi milik Liverpool namun pada masa yang sama, Bellamy turut sertai kelab lamanya, Cardiff City dengan kontrak 2 [...]