Jersi Rasmi Liverpool 2012/2013

Jersi Warrior Liverpool

jersi liverpool 2012/2013

Liverpool telah rasmi lancarkan jersi baru musim 2012/2013 semalan dengan rekaan terbaru dari Warrior dan bukan lagi Adidas.

Jersi berkolar berwarna merah dengan lambang Warrior ini turut menampilkan logo baru Liverpool, Liverbird dengan tulisan berwarna kuning. Jersi penjaga gol pula berwarna hijau dengan tulisan kuning. Turut ditaja rasmi Standard Chartered tertera di depan jersi Liverpool.

Warrior kini penaja jersi Liverpool rekod £25juta. Selepas Adidas tidak mahu menyambung kontraknya bersama Liverpool dengan mengatakan Liverpool kini bukan lagi kuasa besar eropah (Hmm adidas patut rigi sebab jersi Liverpool keempat paling laris selepas Barca, Real Madrid dan Man Utd 900 ribu terjual setiap tahun).

Steven Gerrard, Pepe Reina, Luis Suarez, Martin Skrtel dan Jose Enrique masing-masing memperagakan jersi baru Liverpool ini.

It’s inspired by greatness. It’s modern tradition. It’s unapologetically Liverpool FC. It will make you feel 7ft tall

Jersi retro Liverpool ini dengan logo Liverbird yang pernah digunakan zaman era 80 an. Memang klasik dan harap musim depan Liverpool kembali bersaing memenangi liga dan bukannya trofi domestik.

Tempahan awal boleh dilakukan di laman web rasmi Liverpool bermula 1 Jun 2012.

Khabar angin mengenai jersi ini di post ini adalah tepat bagi jersi tempat sendiri dan mungkin jersi tempat lawan dan ketiga seperti ini. (Hitam dan Ungu)

Cool jersi baru ni? :)

4 thoughts on “Jersi Rasmi Liverpool 2012/2013

  1. Dah sampai mesia nt.jom pergi beli hee

  2. [...] Jersi Home Liverpool 2012/2013 [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge