Jaringan Downing Beri kelebihan buat LFC

fc gomel 0-1 liverpool 1

FC Gomel 0-1 Liverpool

Europa League Third Round Qualifier, First Leg

 

Perlawanan pertama Brendan Rodgers bersama Liverpool berakhir dengan kemenangan 1-0 jaringan Stewart Downing di separuh masa kedua.

Downing jaring di minit ke-65 dari luar kotak penalti dan jaringkan gol perlawanan dengan persembahan kurang memuaskan dari skuad Liverpool.

Jamie Carragher menjadi kapten Liverpool dendan penampilan ke-700 beliau dengan Fabio Borini juga membuat debutnya bersama Liverpool.

Perlawanan tanpa jaringan selepas separuh masa pertama dengan gaya permainan Liverpool yang lebih banyak bertahan dari membuat percubaan. Borini tidak menyerlah kerana tiada gaya serangan oleh Liverpool. Hanya di minit akhir baru Borini sempat menunjukkan kualitinya dengan percubaan 1 lawan 1 dengan penjaga gol mengagalkan percubaannya.

Kemasukan Lucas menyaksikan beliau jauh dari zaman terbaiknya namun pemain nampak lebih selesa dan akhirnya gol yang dicari muncul dari Stewart Downing.

Perlawanan kedua akan diadakan di Anfield Khamis depan. Luiz Suarez dan Sebastian Coates kembali ke skuad dan mungkin diturunkan.

Liverpool: Jones; Johnson (Kelly 45), Skrtel, Carragher, Enrique; Spearing, Henderson (Lucas 65), Gerrard; Cole (Sterling 23), Borini, Downing.

Subs: Gulacsi, Robinson, Adam, Shelvey.

Tagged with 

One thought on “Jaringan Downing Beri kelebihan buat LFC

  1. [...] Perlawanan pertama FC GOmel vs Liverpool [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge