Cerita Terkini mengenai SOPA
Stop Online Piracy Act (SOPA)
Merupakan rang undang-undang (Bill or Proposed Law) oleh wakil Amerika Syarikat Lamar S. Smith untuk mempunyai kuasa undang-undang US perangi masalah hak cipta online. Ini termasuk memerintah mahkamah untuk menahan pengiklanan, kemudahan bayaran ke laman web tersebut dan juga menghalang enjin carian ke sana dan juga perintah mahkamah supaya pembekal Internet Service Provider (ISP) sekatan akses ke laman web itu. Undang-undang itu juga akan diperluaskan bagi mereka yang streaming bahan hak cipta akan dikenakan maksimum penjara 5 tahun.
Bagi penyokong; ini akan lindungi intelektual sesuatu perkara itu disamping memperkukuhkan industri, kerja dan pendapatan yang sama dan juga kuat kuasa terhadap laman web luar negara. Undang-undang sedia ada tidak meliputi laman web luar negara. Bagi penentang; ini akan mengancam kebebasan suara, inovasi membolehkan mereka menyekat akses ke domain tersebut atas sebab bahan-bahan artikel di dalam blognya. Pihak perpustakaan juga bimbang akan didakwa atas sebab undang-undang hak cipta ini. Ini juga bakal buatkan nama domain itu di’delete’kan dan timbulkan kemarahan orang ramai dengan penapisan terjadi seluruh dunia.
Protes SOPA dan PIPA
Paint It Black: 7 Ways You Can Protest SOPA and PIPA. Itu adalah beberapa protes yang telah mereka lakukan. Wikipedia telah blackout, Google menghitamkan logo meereka, Reddit ditutup 12 jam dan ribuan lagi orang membantah Akta ini. Mereka lakukan ini untuk melumpuhkan internet. Berikut adalah beberapa cara yang mereka lakukan untuk membantah. Hubungi wakil Kongres, Tandatangani petisyen bantahan akta ini untuk diberi kepada wakil Kongres, Censored laman web, Boiket organisasi yang menyokong SOPA, Ikuti berita terkini dan faham mengenai pelaksanaan SOPA dan PIPA.
Megaupload ditutup dan pengasasnya Kim Dotcom ditahan
Megaupload ditutup, pengasas dan beberapa syarikat eksekutif ditahan kerana tuduhan melanggar undang-undang cetak rompak. Megaupload merupakan salah satu laman web file-sharing yang terbesar yang dituduh mengambil hak cipta orang lain dan mengutip lebih $500 juta hasil daripada keuntungan filem-filem cetak rompak dan kandungan-kandungan lain . Pengagas Megaupload, Kim Dotcom dan tiga lagi ditahan di New Zealand namun 2 lagi menghilangkan diri.
Megaupload bukan sahaja terkenal dengan jumlah saiznya yang besar dan jumah untuk dimuat turun namun mereka juga mendapat sokongan berprofil tinggi daripada ramai pihak; selebriti, pemuzik dan pengeluar-pengeluar seperti Kim Kardashian, Alicia Keys, Kanye West dan ramai lagi. Megaupload mempunyai lebih 150 juta pengguna berdaftar digunakan untuk memuat naik dan pindahkan fail yang terlalu besar untuk dihantar dengan email. Dengan tiada had untuk memuat naik, pengguna juga dibenarkan untuk memuat turun filem, rancangan TV, game, muzik dan lain-lain secara percuma tetapi pelangan berbayar akan diberi akses download lebih laju. Laman web ini juga membuat khidmat pengiklanan.
10 laman web digodam Anonymous
Anonymous membalas dendam ke atas beberapa pihak selepas US Department of Justice (DOJ) menutup laman web download Megaupload dan didenda kerana melanggar undang-undang hak cipta. 10 laman website telah digodam sekumpulan Hacktivist dipanggil Anonymous menggunakan cara “Low orbit ion cannon ” (LOIC) iaitu perisian domain yang digunakan untuk menguji sama ada rangkaian tersebut boleh menafikan sebarang serangan. Menurut Anonymous, 10 laman web kerajaan dan korporat yang berkaitan dengan industri hiburan diserang dan “dioffline” sebagai balas dendam ke atas penutupan Megaupload.com.
Dengan misi mereka #OpMegaupload, mereka melumpuhkan laman web berikut usdoj.gov and justice.gov (The U.S. Department of Justice), universalmusic.com (Universal Music Group), RIAA.org (the Recording Industry Association of America), MPAA.org (the Motion Picture Association of America), copyright.gov (the U.S. Copyright Office), hadopi.fr (France’s copyright-enforcement agency), wmg.com (Warner Music Group), bmi.com (Broadcast Music, Inc.) dan fbi.gov (the Federal Bureau of Investigation). Ini merupakan serangan DDoS terbesar dilakukan sekumpulan penggodam danjuga terbesar ke atas kerajaan dan industri muzik menurut mereka. Seramai 5635 penggodam mengatakan menggunakan LOIC untuk jatuhkan laman web tersebut.
Serangan DDoS tersebut, mereka atasi web server tersebut dengan membanjirinya dengan data-data untuk menggangu peerkhidmatan mereka. Ini akan menyebabkan laman web mereka menjadi perlahan sehingga tidak respond dan menyebabkan server tersebut lumpuh.
Lebih lanjut sila ke link video ini – Anonymous #OpMegaupload – The Internet Strikes Back
Undi rang undang-unang SOPA dan PIPA dilambatkan
Menurut Lamar Smith, beliau telah mendengar dan mengambil serius kebimbangan pengkritik mengenai rang undang-undang bagi menangani masalah cetak rompak online. Mereka akan memikirkan semula pendekatan untuk mencari jalan terbaik masalah pemcuri luar negara yang mencuri hasil kerja orang America. Jawatankuasa kami akan terus bekerja dengan pemilik hak cipta dan syarikat Internet supaya bangunkan cara terbaik. Kami juga mengalu-alukan sebarang pendapat dari mana-mana individu atau organisasi untuk tangani masalah berleluasa ini.
Ketua Motion Picture Association of America, Chris Dodd juga berharap dengan pengumuman ini perbincangan lanjut akan berubah dan ikhlas untuk mencari jalan terbaik buat jutaan produk Amerika yang telah dibawa keluar. Ini penting untuk memastikan mereka ikhlas melakukan tanggungjawab mereka dan capai matlamat kami. Idea-idea SOPA dan PIPA sebelum ini mungkin akan kembali. Penangguhan ini tidak akan memberi ancaman kepada Internet namun ini belum berakhir. Ini masih masalah serius dan sebarang penyelesaian mestilah kena sasaran, berkesan dan selaras dengan kerja Internet.
Keep the web #Open –> ramai syarikat gergasi internet menyokong. Google, Facebook, Linkedln, etc
Wan Gerrard: Pergh censorced di sana-sini la lepas ni. It is a bad idea.Don’t censor the web
Hasil bacaan beberapa artikel. Kalau ada salah sila beritahu Gerrard.





bru tau psal ni. tq
download hosting provider, macam Mega Upload, mungkin ada kaitan dengan crimes yang lain, mungkinlah, if dapat dibuktikan.
Menutup Mega Upload dan file sharing lain, atas nama melanggar hakcipta per se, memang ridiculous.
Sebab hakcipta belum tentu terpelihara walaupun file sharing provider semuanya ditutup. siapa yang berani jamin keterpeliharaan hakcipta nya?
Food for thoughts today, untuk wangerrard.com dan readers.~ =)
Terima kasih atas sharing, wan! =)
Post terbaru fahmimahat = SOPA dan Hakcipta : Satu Alternatif
aha betul2..hak cipta ni kadang2 hasil kajian benda2 lepas, jadi di situ pun persoalan tentang hak cipta sesuatu benda tu..sian megaupload, siapa la kena lepas ni huhu
teknologi makin canggih so makin canggihla cetak rompak. cetak rompak benda2 hiburan ni takpelah tapi jangan cetak rompak ceramah2 agama
Post terbaru ROJAK = Malek Noor Gets Married!
hmm itu terpulang kepada mereka..
[...] 22, 2012 in Internet, Isu SemasaGambar-gambar lawak dibuat bantahan pelaksanaan SOPA & PIPAAll about SOPA & PIPASource Odde.comWan Gerrard: LOL Terima kasih datang ke WanGerrard.comSila tinggalkan komen anda [...]