Germany 4-2 Greece
Philipp Lahm, Sami Khedira, Miroclav Klose, Marco Reus – Georgio Samaras, Dimitris Salpingidis
Perlawanan kedua suku akhir euro 2012 antara Germany dan Greece. Betul ke ramalan sebelum ni?
Germany menepati ramalan orang ramai apabila menewaskan Greece mudah 4-2 untuk melebarkan rekod 15 perlawanan sepanjang perlawanan dari peringkat kelayakan euro 2012 lagi.
Germany mulakan perlawanan dengan tiga pertukaran dengan Klose, reus dan Schurrle diberi tanggungjawab daripada Mario Gomez, Thomas Muller dan Lukas Podolski. Terlampau yakin atau sebahagian dari strategi? Nampaknya berbaloi apabila dua daripada pemain itu berjaya jaringkan gol.
Sebahagian perlawanan di separuh masa pertama dikuasai Germany dan berjaya mendahului 1 gol namun 5 gol di separuh masa kedua memberi kegembiraan kepada penyokong neutral.
Samaras mengejutkan skuad Germany dengan gol dari gerakan balas namun mereka berjaya jaringkan 3 gol dalam masa 13 minit menamatkan mimpi indah Greece. Gol penalti Salpingidis menjadi gol sagu hati minit akhir perlawanan.
Germany selepas menunggu lawan mereka antara England atau Italy.

