Fergie: City Kini Pesaing Utama Kami

Man City atasi Liverpool sebagai pencabar utama Man utd

fergie man u

Alex Ferguson telah mengatakan Manchester City kini pencabar utama mereka dan bukan lagi Liverpool. Pertembungan ke-162 kali antara mereka nanti penentu siapa akan menjulang trofi juara liga musim ini. Pengurus Man Utd juga melihat pentingnya saingan dengan City berbanding Liverpool.

Alex Ferguson

Kami perlu bermain sekuat hati menentang Man City dalam setiap perlawanan penting. Dengan bantuan kewangan mereka, banyak membantu kelabnya meningkat lebih-lebih lagi di perlawanan besar, dalam saigan piala  namun kami telah lakukannya dalam perlwanan FA Cup musim ini. Untuk musim-musim akan datang, mereka mungkin akan bersaing kejuaraan lebih kerap dan mungkin akan menjadi perlawanan sama pentingnya dengan Liverpool. Mungkin bukan dari segi emosi kerana perlawanan Manchester United-Liverpool lebih beremosi tetapi lebih penting untuk menang lawan mereka. Dengan keadaan mereka ini layak digelar musuh seteru kami.

City seperti juga kami ingin habiskan musim ini sekurangnya satu trofi dan saya mahu fokus kepada pasukan saya untuk tidak terjejas menjelang perlawanan itu nanti.

Perlawanan minggu lepas, United seri 4-4 menentang Everton di Old Trafford dan kelebihan tiga mata di depan City namun City memiliki perbezaan gol yang lebih tinggi. Baki tiga perlawanan ini akan menentukan siapa lebih kuat.

Saya juga berharap pemain saya sudah bersedia dan harap segalanya berjalan lancar nanti. Semua orang sudah menjangkakan perlawanan ini dari mula lagi. Tiada beza perlawanan yang lepas dan bergantung hanya di perlawanan ini. Saya juga mengharapkan perlwanan yang sengit antara mereka. Saya tidak pasti seramai mana perlawanan ini akan disaksikan, saya akan menjanjikan perlawanan yang menarik. Perlawanan ini seperti perlawanan akhir piala yang akan menentukan siapa juara liga.

Di perlawanan pertama di Old Trafford, Man Utd dimalukan 6-1 oleh City namun mereka berjaya membalas dendam menyingkirkan mereka di saingan FA Cup 3-2 Januari lalu. United juga kalahkan mereka 3-2 di  Community Shield Ogos lalu.

Hmm harap United kalah game ni, City sila ulang kejayaan 6-1 anda :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge