Fabrica Muamba Bersara Dari Bola Sepak

Bekas pemain Bolton terpaksa bersara awal atas nasihat doktor

fabrice muamba umum persaraan dari bola sepak

Good Luck Muamba

Bolton Wanderes telah mengumumkan pemainnya Fabrice Muamba telah bersara.

Pemain 23 tahun itu alami serangan sakit jantung di atas padang ketika perlawanan FA Cup menentang Tottenham musim lepas. Pihak medik masuk ke padang untuk mengenalpasti puncanya dan terus dibawa ke hospital. Beliau dibenarkan keluar dari hospital selepas sebulan di unit rawatan rapi.

Gambar Tribute Fabrice Muamba

Bekas pemain Arsenal, Birmingham dan Bolton itu cuba untuk kembali bermain selepas insiden hitam tersebut dan menunjukkan tanda-tanda positif proses pemulihannya namun atas nasihat doktor beliau terpaksa lupakan sukan kesayangnya itu.

Di laman web rasmi Bolton:

Selepas alami serangan jatung dan telah dilepaskan dari hospital, saya kembali positif untuk kembali bermain semula bersama Bolton. Masih dalam proses pemulihan, saya berjumpa pakar kardiologi untuk medikal seterusnya. Namun berita itu bukanlah yang saya inginkan dan saya secara rasmi telah bersara dari bermain bola sepak.

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

Bola sepak telah menjadi sebahagian hidup saya sejak dari remaja dan telah beri banyak peluang sepanjang itu. Saya suka setiap kali bermain dan bersyukur telah bermain dalam saingan tertinggi.

Walaupun berita itu mengecewakan namun saya masih bersyukur. Saya berterima kasih kepada tuhan untuk kekal di sini dan saya terhutang budi kepada pasukan medikal yang menyelamatkan nyawa saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong sepanjang karier saya dan terutama penyokong Bolton yang luar biasa. Saya bersyukur dengan adanya bantuan dari keluarga dan rakan-rakan ketika ini.

Legend, beliau berpeluang mejadi lebih baik pada usia muda ini. Harap orang ramai sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan jantung kita.

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda boleh letak gambar di bahagian komen menggunakan img src="url gambar anda" <--copy paste dalam komen & letak URL gambar anda atau guna HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge