FA Cup 2006 - Liverpool Juara

FA Cup 2006 – Liverpool Juara

Share - Share on Facebook0Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Pin on Pinterest0

Kali Terakhir Liverpool juara FA Cup, Musim 2005/2006

liverpool final fa cup 2006

Menjelang perlawanan akhir FA Cup 2012 Liverpool vs Chelsea nanti di Wembley, imbas kembali saat terakhir Liverpool memenangi piala FA ini.

13 Mei 2006, perlawanan akhir FA Cup antara Liverpool dan West Ham diadakan di Millennium Stadum Cardiff (Wembley Stadium masih dalam proses baikpulih). Perlawanan dimenangi Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti. Perlawanan ini juga disebut ‘Gerrard’s Final’ kerana Steven Gerrard mainkan peranan penting sepanjang perlawanan itu.

Liverpool vs Chelsea Final FA Cup 2012 Preview

Perlawanan pesta gol ini disebut antara perlawann akhir FA Cup terbaik dalam sejarah FA Cup. West Ham di depan dua gol menerusi gol sendiri Carragher dan Ashton sebelum Cisse rapatkan kembali jurang. Separuh masa kedua menjadi semakin meriah dengan tiga lagi gol. Sepakan voli Steven Gerrard menyamakan kedudukan dan sepakan jarak jauh Konchesky terus ke gawang gol tewaskan Reina. Apabila tiba masa tambahan dan dijangka Liverpool tewas, hantaran ke arah gol West Ham gagal dikeluarkan kemas dan bola lantun ke arah larian Gerrard. Sepakan 30 meternya terus ke arah gol melepasi penjaga gol West Ham. Keadaan memaksa bersambung sehingga ke sepakan penalti.

Seperti yang musim sebelum ini yang mereka lakukan di Champions League 2005, Liverpool berjaya menjulang trofi ketujuh FA Cup mereka. Reina berjaya selamatkan tiga sepakan penalti tersebut.

Video Hightlights FA Cup 2006

Hmm adakah Gerrard akan kembali menjulang FA Cup musim ini. Harap persembahan terbaik semua pemain, kena menang :)

4 Responses

  1. anif says:

    Hanya yang terbaik layak menang! :D
    Post terbaru anif = Samsung Galaxy S III – Lebih Besar Dan Lebih BijakMy Profile

  2. adi says:

    need rafa back….!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge