EPL Football Malaysia Cup 2013

EPL Football Malaysia Cup 2013

2

Perlawanan lagenda EPL di Kuala Lumpur. Ayuh ke Bukit Jalil!

EPL Football Malaysia Cup 2013 2

Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup 2013

21 April 2013
Stadium Putra Bukit Jalil
Dari 3 petang hingga 6 petang

Kepada peminat bola sepak eropah (European Player Legend (EPL), April nanti lagenda-lagenda EPL akan datang untuk acara tahunan Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup kali ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pemain-pemain yang akan datang adalah lagenda di kelab masing-masing dan akan mewakili 4 pasukan Liverpool Legends, Man Utd Legends, EPL All Stars dan The Malaysia Legends. Berikut adalah senarai pemain mewakili pasukan mereka.

Liverpool Legends

Manager: Mark Wright
Robbie Fowler, Steve McManaman, David James, Dietmar Hamann, Bjorn Tore Kvarme, Jason McAteer, Rob Jones, dan Steve Harkness

Man Utd Legends

Manager: Viv Anderson
Andrew Cole, Ronnie Johnsen, Lee Sharpe, Karel Poborsky, Robbie Savage, Henning Berg, Clayton Blackmore, dan Paul Parker.

EPL All Stars:

Manager: Phil Neal
Frank Leboeuf, Tore Andre Flo, Dennis Wise, Savo Milosevic, Sasha Ilic, Michael Thomas, Phil Babb, dan Stephane Henchoz

Malaysia Legends:

Azlisham Ibrahim, Zami Mohd Noor, K. Sanbagamaran, Sharim Majid,  Shahril Arsat, Lin Chuan Yew, Shamsul Abu Bakar, Ahmad Shahul Azhar, Zainal Abidin Hassan

Setiap pasukan akan bermain secara liga dan dua pasukan teratas akan bertanding untuk penentuan juara EPl Football Cup 2013. Main bola sepak indoor atau futsal 6-sebelah. Tiada throw ins ataupun corner dan bermain selama 16 minit (8 minit separuh masa)

Kepada kipas susah mati (die hard fans) boleh datang ke sana seawal pukul 1 petang kerana akan diadakan Karnival Football Street yang penuh dengan permainan, sesi fotograf dan tandatangan pemain-pemain, pertunjukkan muzik dan banyak lagi.

Tentatif

  • Sidang akhbar rasmi: 28 Mac KLCC (Dietmar Hamann & Ronnie Johnson)
  • EPL Football Malaysia Cup 2013: 21 April Stadium Putra Bukit Jalil
  • EPL Gala Dinner: 22 April Hilton Hotel

Tiket dan tempat duduk adalah seperti berikut

  • RM18 Kop / Stretford / Standard
  • RM38 (Pitch Side)
  • RM198 (VIP area)

tiket EPL Football Malaysia Cup 2013 1

Boleh juga menempah tiket secara online menerusi Air Asia Red Tix di www.redtix.airasia.com bermula 15 Mac atau menerusi panggilan Hotline +603 – 8775 4666 ataupun di Red Tix outlet seperti di Victoria Music dan Rock Corner.

Untuk lebih meklumat mengenai kejohanan ini sila layari www.footballfocusasia.com atau laman facebook mereka Football Focus Asia

Selain Malaysia, tahun ini EPL Football Cup juga akan ke Singapore pada 3 November 2013 dan Bangkok (tarikh tidak diberitahu). Tahun lepas, mereka ke 5 buah negara iaitu Singapore, Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia.

2 Comments

Leave A Reply