Daniel Agger: Antara Kelab atau Duit?

Kenapa Kehillangan Agger satu kerugian besar buat Liverpool

danial agger ke barcelona

Daniel Agger kini menjadi buruan Man City dan Barcelona

Man City sebelum ini telah dua kali bidaan mereka untuk Agger ditolak dan Liverpool dikatakan boleh menerima bidaan sebanyak £20juta. Kini Man City cuba untuk kali ketiga untuk mendapatkan pemain penting Liverpool itu.

Terdapat banyak sebab kenapa Liverpool tidak patut menjual Agger dan juga sebab kenapa ini merupakan masa sesuai untuk mendapatkan dana perpindahan beliau.

Dua pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dan Daniel Agger terlibat dalam spekulasi meninggalkan Anfield. Kini mereka berdua gembira untuk bermain di sini dan dalam perancangan Brendan Rodgers. Agger juga mengatakan beliau gembira berada di sini dan Skrtel dikatakan akan ditawar kontrak baru.

Agger dan Skrtel menjadi kekuatan pertahanan Liverpool musim lepas dan sedang berada di kemuncak prestasi mereka, berumur 27 tahun. Dengan spekulasi mengenai masa depan Agger masih menjadi perbualan penyokong Kops.

Untuk Liverpool terus maju, mereka perlu mengekalkan pemain bintang mereka dan bukanlah terus melepaskan mereka ke kelab ‘teratas’. Pemain yang Liverpool menyesal lepaskan antaranya Xabi Alonso dan Alvaro Arbeloa ke Real Madrid, Javier Mascherano ke Barcelona dan Fernando Torres ke Chelsea. Mereka semua telah menyerlah di kelab baru mereka dan menunjukkan kerugian besar Liverpool. (Torres dengan Chelsea masih di atas Liverpool dan kini juara eropah)

Yup sejak tahun 2006, Agger mungkin hanya bermain 46% perlawanan kelab dengan kebanyakkannya terlepas kerana masalah kecederaan. Bagi kelab, bidaan sekitar £20-25juta untuknya sukar untuk ditolak. Setuju?

Kemungkinan pemain penganti yang akan dibawa masuk Rodgers sekali lagi pemain bekas kelabnya yang jauh kualitinya berbanding Agger. Adakah berbaloi pelaburan yang dilakukan?

Mungkin Liverpool amat memerlukan Agger musim depan daripada dana yang akan mereka terima dan membawa masuk 2-3 pemain ala-Adam ke kelab. Lebih baik Liverpool cepat jualkan pemain seperti Charlie Adam, Stewart Downing, Andy Carroll dan ramai lagi untuk mendapat dana daripada menambah masuk makin ramai seperti mereka. Tak pasti apa owner kelab cuba lakukan atau Liverpool cuba menjadi Swansea City?

Kemungkinan besar jika Agger tinggalkan kelab, Skrtel juga akan mengikut jejak langkahnya. Damn. tapi £20 juta je x berbaloi.

Setuju atau tidak? Beri pendapat anda di bawah

Tagged with 

2 thoughts on “Daniel Agger: Antara Kelab atau Duit?

  1. Memang rugi besar ah kalu agger or skrtel kuar Liverpool.. bukan sekadar duit jer kena fikir,,tapi apa yg nak dicapai…Liverpool dah ketinggalan di belakang MU..owner and coach kena tau n faham..skang dah xda world class player nak men kat Liverpool coz dorang x layak men dalam liga juara-juara..nak harapkan new player…level charlie adam and stewart downing je.. konfirm x sumbang apa-apa..bawa liverpool jd sejarah je..next epl..mcm x letak harapan apa2 je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge