Cara Memujuk Perempuan Merajuk

Cara Memujuk Perempuan Merajuk

32
Salam Ramadhan~
Dah setengah ramadhan rupanya Gerrard berpuasa. Cepat je masa berlalu, jadi jangan la kita membazirkan setiap masa yang kita ada. Hargai sesiapa yang bersama anda sekarang^^. Gerrard nak kongsi cara-cara nak memujuk perempuan (Gf, Bff, tunang, atau Bini) daripada terus merajuk. (kepada lelaki terutamanya =P)

Cara Memujuk Perempuan Merajuk
 Masam betul muka bila merajuk ea? =P
Merajuk?..biasa le tu, normal la bila perempuan merajuk dengan lelaki. Bila merajuk, abis muncung mulut dia panjang je, mata dia mula la jeling sana sini dan mula tak ada mood la.heehe Ada la sebab dia merajuk tu, korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah pape ke, cemburu ke, saje main-main nak uji ke atau merajuk sebab lelaki dia layan bola lebih dari dia ke=P Merajuk bahaya ke? tak pasal-pasal putus lak hubungan, adoi. takpe… Lelaki pun merajuk gak kadang-kadang.huhu

Bagaimana nak pujuk si dia supaya tidak merajuk lagi dan kembalikan mood si dia gembira semula, anda tahu? Ni bukan berdasarkan pengalaman Gerrard, saje berkongsi bersama^^. Mari layan~
SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen dengan tak pasal-pasal senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga tau. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang, dah gila agaknya =P

Cara Memujuk Perempuan Merajuk
 Tergoda tak dengan senyuman Gerrard?

BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti kasut high heels si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar cam lawak Saiful Apek. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak antarabangsa korang. Tak gelak gak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’^^.

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka ape? minat apa? ada apa-apa yang si dia idamkan?.cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair si dia, merajuk hilang. Err masih merajuk?. Cuba belikan kereta BMW 7 Series kat si dia, tak suka gak tak tahu la Gerrard =P

Cara Memujuk Perempuan Merajuk
 Nah U, I belikan bendera Denmark, suka tak? =P 
(komfem kena reject)

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Hmm part ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je ngan korang, korang bagi sms/mms/voice sms kat si dia. Hantar la menunjukkan korang mintak maaf dan kalau boleh selitkan beberapa lawak antarabangsa ke. Senang je kan, tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun =P Guna surat je.~

BUAT BODOH
Err ni Gerrard tak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba ni. Nak cuba boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang.hee~. padan muka =P

MERAJUK BALIK
Hmm paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk kat korang?.haha. Daripada korang kene pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.hahaha. “U ni selalu je merajuk, benci la. I merajuk la dengan u” Err sama-sama merajuk, siapa nak pujuk? =P

Cara Memujuk Perempuan Merajuk
 Orang tua-tua cakap jangan merajuk lama-lama, nanti tumbuh ekor macam kat atas ni
Alalaa dah le tu merajuk tu cik gorilla oit^^

Ada berani mencuba?^^
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi, mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit + kecil + makan hati. Jadi lelaki patut tahu dan jaga mereka bagi tidak merajuk. Wanita pula patut bertimbang rasa dengan pasangan nya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap^^

Gerrard nak pujuk Sharifah Amani la, kesian dia merajuk (tak pasal-pasal pulak) =P. Jom layan~

32 Comments

  1. izyanty collection on

    paling nyampah kalau laki buat bodo,padahal dia xtau pun kita tengah merajuk…hampeh tol,siap kena gitau lak i tgh mrajuk nie….hahaha…

  2. Izyanty collection:

    hahaha laki u tu tak perasan kot ngah merajuk tu. buat la muka sikit =P

    ok2, kalau Gerrard sempat, Gerrard join. Thanks

  3. personally,
    rsenye pmpuan xsuke klu pmpuan majuk,laki pn same2 mrajuk..
    @_@…aihhh..
    gerrard jgn wt cmtu tau..klu gf majuk,jgn same2 majuk,sian kt gf…hehehehe..=P

    ~onlykema~

  4. mula dia yang merajuk, pastu saya merajuk. Kalau saya merajuk dia pujuk dengan senyum bf sya tu, kalau dia merajuk.. saya tenangkan dia

    • Hmm saya rasa cuba awak ajak dia keluar mkn skali ke, borak2, dan ajak g mne2 tempat die suka ke..
      perempuan suka perhatian..dan jalan terbaik mungkin kena berdepan la dgn awek tu..
      klo die xnak, cuba bagi masa sehari dua kejap, biar die tenang dan baru awk tanya pape

      lebih kurg cmtu la, gud luck..Gerrard doakan hubungan anda kekal lama :)

  5. Salam en gerrad ter. Mtk pndpt Dr love le.. tclap mcj Ler.. mcj leh than jiwang nye.. p tsasul guna nma ex gf dlu… skrg dia mrjuk kaw2 la..mcm mna nk pujuk ea??? Mcm man old story leh tkluar ni.. :(

    • oic baru couple ke ni? macam mana bole tersilap tu hehe ok2 rasanya elok kalau awak pujuk die depan2. kalau guna text or call susah sikit die nak percaya. awak ajak dia keluar makan ke, borak benda die suka tapi cuba jangan cakap pasal tu. nanti bile dah gelak2 die lupa la tu. :)

Leave A Reply