Brendan Rodgers Pengurus Baru Liverpool

Selamat Datang Brendan Rodgers ke Anfield

brendan rodgers pengurus baru liverpool

Brendan Rodgers telah dipilih sebagai pengurus baru Liverpool berikutan musim berjaya bersama Swansea, yang baru pertama kali bermain di Premier League.

Apabila sekian lama menanti siapa yang bakal duduki kerusi panas ini dengan ramai telah dikaitkan antaranya Rafa Benitez, Louis Van Gaal namun akhirnya mereka terpaksa antara dua pilihan; Roberto Martinez ataupun Brendan Rodgers dan Rodgers dipilih.

Ketika bersama Swansea, beliau membantu mereka layak ke Premier League dan habiskan musim di tangga ke-11 yang iaitu musim berjaya bagi kelab yang pertama kali dinaikkan liga. Beliau juga berjaya menghiburkan dengan gaya permainan secara keseluruhan.

Di perlawanan akhir liga musim lepas mereka turut kalahkan Liverpool 1-0.

Pengerusi Liverpoool, Tom Werner
Rodgers merupakan pengurus yang berfikiran jauh dan antara pengurus muda yang potensi membawa Liverpool kembali menyerang tanpa henti.

Brendan Rodgers
Laluan saya sebagai seorang pengurus berbeza dengan orang lain. Saya telah dalam bidang ini selama 20 tahun. Saya pernah melatih skuad muda Chelsea dan mempunyai pengalaman melatih nama-nama besar. Pengaruh terbesar saya ialah Jose Mourinho, mungkin sebab beliau beri saya peluang. Saya telah belajar banyak perkara dari beliau. Beliau seorang yang hebat dan perkara terbesar yang beliau berikan ialah peluang buat saya dan sentiasa percaya dengan saya.

Juara liga 18 kali ini semakin menjunam dengan menghabiskan 17 mata jauh dari tempat keempat ditambah gagal menjaringkan banyak gol. Hanya League Cup menjadi trofi pertama mereka sejak 6 tahun lepas.

Kini misi utama Rodgers ialah mengembalikan Liverpool ke tempat Champions League.

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

Ini merupakan impian setiap pengurus di kelab seperti ini. Kami akan cuba untuk bersaing juara liga. Bagi saya mungkin memerlukan masa sebab mungkin mustahil untuk lakukannya di musim pertama saya bersama Liverpool. Namun kami akan cuba teratas mungkin dan bukan hanya di tempat keempat.

Saya juga akan teruskan perlawanan gaya menyerang di sini dengan dibantu pemain kelas dunia di sini. Saya mungkin akan memerlukan beberapa pemain baru untuk diubah gaya itu nanti.

Liverpool terpaksa membayar pampasan kepada Swansea dilaporkan 4 juta pounds kerana Rodgers masih berbaki kontrak 3 tahun bersama bekas kelabnya itu.

Temuramah pertama Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool

Reaksi Kapten Liverpool, Steven Gerrard

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda boleh letak gambar di bahagian komen menggunakan img src="url gambar anda" <--copy paste dalam komen & letak URL gambar anda atau guna HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge