Bob Kuman Sakit & Perlukan Pertolongan

Bob Kuman Sakit & Perlukan Pertolongan

1

Mari bantu Bob Kuman

gambar bob kuman sakit

Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar sakit dann mengalami kesukaran bergerak di kediaman beliau di Kota Damansara, PJ, Selangor. Saya ada RM36 Dalam Akaun Simpanan adalah sumber berita sedih yang dikongsi oleh wartanan Mazidul Akmak Sidik dalam blog beliau. Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana kesukaran bernafas. Kesakitannya ini menyukarkan dirinya untuk mencari rezeki.

Menurut artikel tersebut, tahap kesihatan Bob Kuman semakin terjejas sejak beliau terjatuh di set penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak di Hulu Langat tahun lalu. Beliau terpaksa memandu sendiri ke hospital dan tanpa bantuan penerbit drama tersebut. Bayaran rawatan mencecah RM7 ribu  tersebut tidak dibantu pihak penerbitan dan beliau hanya mampu membayar separuh daripada kos rawatannya itu. Beliau masih hutang kira-kira tiga ribu kos terseut.

Lebih menyedihkan  Bob juga berkongsi bahawa dirinya kini hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya. Dengan bantuan SENIMAN, beliau berharap bantuan di bawah tabung kebajikan penggiat seni namun belum menerima sebarang jumlah yang akan diterimanya nanti. Keadaannya juga telah dimaklumkan penerbit program melodi, TV3 sebagai medium bantuan.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, turut disertakan nombor akaun bank Bob Kuman (HUSNI MOHD RAWI – Maybank – 112371007047)

Semoga bantuan yang diterima dapat membantu Bob Kuman kembali sihat. Semoga Allah sentiasa membantu kita apabila tiba kita ditimpa masalah. :)

Share.

Leave A Reply