“Clicky"

Home » Wan Gerrard » Bendera Malaysia dibakar

Bendera Malaysia dibakar

Salam Ramadhan,
Bendera malaysia dibakar
Bendera Malaysia dibakar lagi oleh negara jiran, Indonesia. Kali ini ialah disebabkan penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia di perairan negara kita oleh PDRM. Sebelum itu, Kerajaan Indonesia terlebih dahulu menangkap 7 nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh perairan Indonesia. Mungkin ada salah faham kot pasal sempadan Indonesia-Malaysia ni.
Protes ini dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Pancasila di Batam, Indonesia sempena hari kemerdekaan Indonesia ke-65. Seramai 50 orang Pemuda Pancasila yang menghadiri protes pembakaran tersebut. Mereka juga menyerang pejabat kedutaan Malaysia namun tiada kecederaan dilaporkan. Giler la diorang ni, dah sampai tahap ni. Kurang ajar betul!!
Gerrard rasa diorang tidak puas hati sejak tahun lepas mengenai isu tarian pandet, mereka menuduh Malaysia meniru tarian itu untuk dipromosikan di Discovery Channel. Mereka juga menuduh lagu Negaraku ditiru dari lagu Indonesia, Terang Bulan. Sampai la ke sekarang, Pastu ada kecoh jap pasal gaji minimum orang gaji dari Indon la. Masalah nyer diorang yang ada di Malaysia ni ramai yang masuk secara haram, lepas tu tak ada duit diorang melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, merogol, meragut, culik gadis, kes buang bayi dan sebagainya. Nasib baik la kerajaan kita tak halau semua rakyat Indon, masih bertimbang rasa lagi. Kalau tak dah lama kene halau diorang ni.
Tetapi Gerrard tengok bukan semua rakyat Indon yang setuju dan ada yang ambil kisah tentang situasi ini, pergaduhan tu adalah perbuatan bodoh yang boleh selesai jika dibincang dahulu. Bukan semua rakyat Indon yang berfikiran cetek, hanya mereka yang mengikut hati dan perasaan sahaja yang bakar bendera tu. Jangan lah kita terikut-ikut dengan hati dan perasaan sehingga keamanan negara terancam. Masalah sempadan Indon-Malaysia ini tidak harus kita bertengkar kerana sebagai negara jiran, sesama ASEAN sama-sama lah kita menjaga keamanan dan persahabatan antara dua negara ni.^^.

Bukan ke kita patut bangga bila ada orang cuba tiru kita =P

Gerrard baca dari blog Arm Kamikaze
Gerrard rasa semangat patriotik, bulan kemerdekaan ni^^