England 0-0 Italy
Sepakan penalti 2-4
Italy layak ke separuh akhir euro 2012 selepas menang sepakan penalti 4-2 menentang England.
Perlawanan terakhir suku akhir euro 2012 antara England dan Italy bagi menentukan siapa yang akan mara dan menentang Germany di separuh akhir. Portugal dan Spain dua pasukan yang turut mara.
Sebahagian besar perlawanan didominasi Italy dengan England menggunakan taktik bertahan dan berjaya menghalang dari dibolosi. Italy sudah tidak terkira berapa kali mereka membuat percubaan ke arah gol, sama ada ditahan Joe Hart atau nasib tidak menyebelahi mereka.
Perlawanan terpaksa ke 30 minit masa tambahan selepas masih seri 0-0 dan ke sepakan penalti selepas kedudukan masih tidak berubah.
Ashley Young dan Ashley Cole tidak menjaringkan gol untuk membolehkan Italy selesa 4-2. Montolivo juga gagal sepakan penalti bagi Italy.
Sepakan penalti England vs Italy
Nampaknya tekaan admin salah dan tak boleh menang peraduan anjuran Denaihati tempoh hari.
#TeamEngland sedih lol #TeamItaly Good Luck



[...] Badi Penalti England Kembali Berulang [...]
[...] England dari Euro 2012 di tangan Italy di peringkat suku akhir dalam penentuan sepakan penalti. Ramai penyokong dan awek england kecewa [...]