Arsenal Setuju Bidaan £24Juta Robin Van Persie ke Man Utd

Van Persie ke Manchester United

robin van persie ke man utd 2012

Laman web rasmi Arsenal telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menerima bidaan Man Utd untuk dapatkan bintang mereka Robin Van Persie.

Bidaan sebanyak £24juta itu diterima dengan kontraknya berbaki setahun di Arsenal. Beliau kini dalam perjalanan ke Old Trafford bagi ujian perubatan dan soal gajinya. Van Persie dijangka akan tandatangani kontrak selama 4 tahun.

Dengan bidaan sudah diterima dan tiada masalah bagi proses seterusnya. Beliau kini akan melakukan debut Man Utd di perlawanan pembukaan BPL menentang Everton di Goodison Park.

Ini juga perpindahan terbesar dilakukan Man Utd selepas perpindahan Berbatov ke sana sejumlah £30.75 dari Tottenham tahun 2008.

Alex Song dari Arsenal juga dijangka akan tinggalkan kelab untuk ke Barcelona jika kedua-dua kelab setuju dengan yuran perpindahan yang sesuai.

Van Persie, 29 akan bermain bersama Wayne Rooney di musim barunya nanti namun adakah ini yang diperlukan United? Hmm makin kuat serangan United musim depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge