April 15th 1989, Tarikh Penting penyokong Bola Sepak. Hillsborough

April 15th 1989, Tarikh Penting penyokong Bola Sepak. Hillsborough

2

Peristiwa Hillsborough tidak akan dilupakan

WanGerrard_Hillborough_Justice

Tidak kira jika anda penyokong Liverpool atau penyokong EPL, Tragedi di Hillsborough tidak sepatutnya dilupakan penyokong bola sepak dengan disebaliknya 96 penyokong terkorban namun penderiaan dan keadilan diteruskan walaupun 23 tahun berlalu.

Serba sedikit mengenai kejadian Hillsborough

Pada tarikh 15 April 1989, satu bencana sukan paling teruk terjadi Britain. Bertempat di Sheffield, England berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest. Liverpool yang dikendalikan Kenny Daglish berada pada zaman kegemilangan. Kejayaan demi kejayaan Liverpool telah kecapi dan sesuatu yang dasyat terjadi pada tarikh tersebut.

Perlawanan Liverpool dan Nottingham Forest ditangguh beberapa jam kerana masalah kesesakan lalu lintas. Semakin lama, semakin ramai penyokong membanjiri stadium tersebut. Disebabkan kerosakan di pintu tiket, pegawai stadium telah membuka pintu kecemasan dibuka untuk memberi penyokong-penyokong masuk. Masalah timbul apabila terlalu ramai sudah memasuki stadium, penyokong-penyokong tolak menolak menyebabkan mereka berada di hadapan terhimpin di pagar, yang dibuat penyokong dengan padang. Semakin kuat tolakan itu mengakibatkan pagar di hadapan runtuh.

Lebih lanjut ke Hillsborough Disaster: 15 April 1989

Anda juga boleh mendapat maklumat lebih lanjut di wikipedia dan video di youtube mengenai peristiwa Hillsborough ini. Tapi masih mempunyai individu yang cuba memutar fakta dengan mengatakan sebab utama kejadian ialah penyokong. Ramai tidak percaya sebab tersebut dan cuba untuk pertahankan kenyataan yang betul.

Majlis Memorial Hillsborough akan diadakan setiap tahun. Tahun ini adalah ulang tahun ke-23 peristiwa tragis ini. Majlis Memorial ke-22 Hillsborough.

Leave A Reply