25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

June 22, 2011 50 Comments
RE-Entry
Kepada semua wanita-wanita, beberapa tips untuk mengorat lelaki =P (sekadar hiburan)

perkara lelaki suka tentang perempuan
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

perkara lelaki suka tentang perempuan
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak, Gerrard pun tahu masak tau ^_^v. Memasak  menunjukkan minat anda terhadap si dia dan dia bangga dengan usaha anda.
25. Berpendidikan. Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah..
Filed in: Sharifah Amani

Comments (50)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. 25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita | Wan Gerrard | Scoop.it | January 25, 2012
  1. eeqa~ says:

    Adoiy! I suka cakap bende remeh ngan dier. Tapi, bile I cakap I maw senyap tak maw citer benda merepek, dier kata, citerlah2… Suka dengar U bebel… heheh~ so… Agak2 bf i lelaki ker x eyh? lol.. HAHAAAHAHAA!

  2. Bukan Gadis Comel says:

    berilmu tak semestinya kena ada sehulung ijazah. Exactly. =D Hye Gerrard!! =)

  3. Eliyana says:

    setuju dengan semua diatas…jika diamalkan lepas jadi suami isteri…kan lebih afdal

  4. Di@n@ says:

    lelaki suka perempuan matang??exactly!!!=)

  5. Anonymous says:

    Bukan lelaki suka perempuan banyak cakap ke?
    ahaks

  6. MrShah53 says:

    nice info utk pompuan2 kat luar tuh..haha

  7. Wan Gerrard says:

    eeqa
    hahaha bagus la camtu, lelaki juga seorang pendengar yang baik ^_^v
    semoga hubungan korang semakin rapat~

  8. Wan Gerrard says:

    Bukan Gadis COmel
    hehehe hye gadis ^_^v

  9. Wan Gerrard says:

    Eliyana
    yup betul2, sekadar persiapan ke alam rumah tangga ^_^v

  10. Wan Gerrard says:

    Di@n@
    hehehe antara matang dan keanak-anakan lagi baik..why so serius =P

  11. Wan Gerrard says:

    Anonymous
    betul x3 =P

  12. Wan Gerrard says:

    MrShah53
    hehehe berkongsi-kongsi ilmu

  13. Cik Su says:

    nice entry la gerrad..cik su ngah kira bpe sifat yg cik su ade..hehe..agak2 bpe??

  14. Wan Gerrard says:

    CIk Su
    Hmm macam terlebih je =P hehehe thanks

  15. Miss Yaty says:

    thanks for sharing..masih byk kena baiki diri sendiri lepas ni..huhu…

    gambar bikin panas…hihi ;P

  16. Wan Gerrard says:

    Miss Yaty
    orait, abaikan gambar tersebut ye :P

  17. Shazana Hanis says:

    WOW! Good info. Thank you. Btw, hi Gerrard ;)

  18. nui says:

    oo bgituuu. miahahaha (gelak jahat)
    Post terbaru nui = My Rayyan. ^^My Profile

  19. AsyrafZakiah says:

    Saya dan dia memang selalu bersama. dia suka berbual tentang pelajaran dengan sya, tapi dia junior sya satu sem, tapi kawan-kawan jenis suka menyakat sya ngan dia.. macam mana tu? family dia pun okey juga, baik.

  20. nui says:

    oooo. heheheheh. boleh plan laa ni. haha

  21. mina says:

    ye ke?im quite confuse sbb i dan dia x smpai smmgu bteman..baru 2x jumpa sblum couple… dia hari2 tanya psl cinta,cepat terasa,merajuk,late rply sms menggelabah….tu tanda dia cinta ke?tlg jwb….

  22. Hannah says:

    =( saya… sampai sekarang tiada bf!!~~~ ohtidak!~

  23. antoo says:

    aku suke pompuan tetek beso

  24. akuxpahamlelaki says:

    tapi ni diri saya,,xmatang,keanak anakkan.. tpi saya thu batasan,saloo cakap kasar2 sbb berlembut2 tu mcam nk mggoda, suka cakp bnda remeh sbb serius2 sgt xbest,saya bukn kuat persan,tpi bila dipuji xtau nk bgi reaksi ape,so saya buat2 bangge smbil bergurau,, hahak ptutla smpai skunk single,,andartu lah aku,,

    • Wan Gerrard says:

      hehe comel2..perempuan ni die mesti ada sifat2 lembut skit walaupun dirinya slalu cakap lain, cuma mungkin kita x perasanan. Lelaki mudah jatuh cinta ciri-ciri wanita begini sebab berlawanan dengan sifat keras lelaki. Namun tak salah pun apa yang anda lakukan. Mungkin jodoh anda nanti orang yang jauh lebih kasar dari anda sebab mahu kawal anda nanti. Mungkin satu hari nanti anda sedar, cara terbaik untuk lawan lelaki ialah dengan kelembutan wanita. (bukan mengoda cuma lebih kewanitaan)

      Good luck :D

  25. gurlz poyo says:

    ada sesetengah lelaki nk perempuan yg lain2 perangai…ada yg byk ckp ada yg x suka byk ckp..terpulang pd dri sendiri…

    • Wan Gerrard says:

      yup, mengikut cita rasa sendiri :)

      • perakgurl says:

        hemm what im suppose to say..sy memg x phm ngan bf sye..sye x tw ap yg die ske ap yg die x ske..ap yg die nk dr sye sb die bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz manjang…contact pn sebln dlm sekali 2 je…cmne ne leh di kategorikan bf gak ke??em mybe die expect sy memg phm die sepenuhnye kot…huhuhu konpius

        • Wan Gerrard says:

          hmm duduk jauh2 ke perakgurl? dia kerja apa sampai sibuk selalu je tu. kalau sebulan dua kali je contact susah gak tu, tak fikir yang dia mahu serius dengan anda. kamu jangan harapkan tinggi sangat dekat dia, takut nanti kecewa pulak. rasanya kalau duk jauh mana pun mesti selalu gak contact :)

          • perakgurl says:

            haah jauh..die bkn keje lg..still blaja….em sye pn tepkr gak die x pnh seyes ngn sye..huhu sy btol2 x tw pe yg die nk sbnrnye..sbg sorg laki ap yg Wan Gerrard leh tafsirkn laki cmne??

          • Wan Gerrard says:

            hmm kalau saya jadi bf u tu, mungkin tak serius dgn awak kot..masa belajar la ada masa nak bercintan ni, boleh lupakan je dia dan teruskan je hidup seperti biasa dengan harapan ada hubungan lepas ini. hmm ni apa yang saya fikir la, awak faham ke? :)

  26. perakgurl says:

    hemmm sy pahm….waaaaaaaaaaaaa x de bf dah sye pas ne…huhuhuhu

  27. gomoeshukri says:

    tq.. gud infor n tips bro wan gerrard.. hehehehhehe

  28. BRAM IRIANTO says:

    Yang jelas dan pasti adalah karena sama-sama saling suka, dan sudah sesuai dalam segala hal, he…..he….

  29. Crazy_squid says:

    Urrmm kite lk kne hrmati kaum adam lk xpi kaum ad x m’hrgai wnita…..sdgkn kaum adam 2 tlh prmainkn wnita

Leave a Reply

CommentLuv badge